SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014

30 JANUARI - Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Maulidur Rasul tahun 1435H atau tahun Masehi 2014 jatuh pada 14 Januari 2014 dengan Tema sambutan pada tahun ini ialah "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH". Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 



Justeru itu, Panitia Pendidikan Islam SK Parit Penghulu telah menganjurkan satu majlis sempena sambutan maulidur rasul ini pada 30 Januari 2014 yang lalu. Guru-guru dan murid-murid memulakan perarakan dari perkarangan tapak perhimpunan dan menyusuri Kampung Parit Penghulu hingga ke Masjid Ar-Ridhuan.
Beberapa acara telah diadakan khas dalam aktiviti tersebut seperti pertandingan membina sepanduk dan kuiz pengetahuan am.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :
Pertandingan Sepanduk :
Johan : Pengakap PPKI
Kedua : Pengakap
Ketiga : Puteri Islam
Keempat : TKRS

Klik disini untuk lebih banyak gambar

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP