MESYUARAT AGUNG PIBG KE-37







Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Parit Penghulu mengadakan mesyuarat agung kali ke-37 pada 19 Mei 2011 bertempat di dewan terbuka SKPP. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang ini disempurnakan oleh en. Jalaudin b. Mamat iaitu wakil kepada Datuk Hassan b. Rahman (Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai).

Ramai ibu bapa yang hadir untuk memberi sokongan dan menyumbang buah fikiran untuk memajukan peningkatan pelajar di SKPP.

Banyak usul yang diutarakan pada mesyuarat agung tersebut antaranya mengadakan kelas tambahan untuk pelajar Tahun 4, 5 dan 6. Selain itu, ada juga usul yang diutarakan untuk menyeragamkan pakaian pelajar lelaki pada setiap hari Jumaat iaitu baju melayu yang seragam dan sekata.

semua usul yang diajukan telah dibincangkan dengan berlapang dada dan mendapat maklum balas yang baik di kalangan ibu bapa dan guru-guru.

Read more...

SAMBUTAN HARI GURU 2011

























Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tema Hari Guru 2011 ialah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"


Sekolah Kebangsaan parit Penghulu (SKPP) merayakan hari guru tahun ini pada hari Isnin 16 Mei 2011 bertempat di sekitar SKPP. Pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut seperti :

1. Bacaan perutusan

2. Nyanyian oleh guru-guru

3. Sukaneka

- kumpul air guna span

- berlari bawa tiga belon

- telefon rosak

- anyam ketupat

- bola jaring

Acara sukaneka tersebut menyaksikan kumpulan Musytari yang diketuai oleh Pn. Hjh. Seniah bt. Jantan (GPK HEM) telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan.


Sambutan tahun ini juga sangat meriah dengan kehadiran guru-guru bersara yang pernah berkhidmat di sekolah ini. Guru-guru ini begitu terharu dengan penghargaan dan penghormatan yang diberikan oleh pihak sekolah dalam mengenang jasa mereka.

Read more...

MAJLIS DIALOG IBU BAPA DAN GURU













Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKPP buat julung-julung kalinya menganjurkan sesi dialog antara ibu bapa dan guru-guru SK Parit Penghulu pada 30 April 2011.

Program sebegini diadakan untuk berkongsi pelbagai maklumat dan strategi terbaik untuk mencapai hasrat kecemerlangan sekolah.

Walaupun program sebegini diadakan pada hari Sabtu, ramai ibu bapa dan guru-guru yang datang untuk memberi sokongan menjayakan hasrat tersebut.

Sesi dialog ini diadakan di makmal komputer SK Parit Penghulu. Banyak maklumat dan perkongsian pintar diperolehi semasa berlangsungnya dialog tersebut.

Semoga hasrat murni yang dilontarkan semasa dialog tersebut akan tercapai dengan jayanya.

Read more...

MAJLIS PERPISAHAN PN. HJH. ZAITON







Tanggal 27 April 2011 merupakan tarikh perpisahan Pn. hjh. Zaiton bt. Mohamad berkhidmat di SK Parit Penghulu. Beliau yang telah berkhidmat selama lebih empat tahun di SKPP telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Merlimau kerana telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Pn. Hjh. Zaiton merupakan seorang guru yang begitu mengambil berat tentang masalah pelajar terutamanya pelajar pendidikan khas. Semoga beliau dapat menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di sekolah yang baru. Warga SKPP mengucapkan sekalung tahniah kepada Pn. Hjh. Zaiton bt. Mohamad.

Read more...

JAGUH SEKOLAH BAHASA MELAYU







Program Jaguh Sekolah diteruskan dengan penganjuran pertandingan bercerita dan membaca puisi Bahasa Melayu pada 18 hingga 22 April 2011.

Para pelajar mula menyampaikan hasil puisi dan cerita masing-masing dalam kelas dan acara kemuncak dilangsungkan pada 22 April 2011.

Seramai 4 orang pelajar Tahap 1 menyampaikan puisi seperti sajak, syair dan pantun. Pelajar Tahap 2 pula menyampaikan cerita.


Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :


TAHAP 1


JOHAN
AIN NUR BT. ISMAIL


NAIB JOHAN
NURUL NABILAH BT. MUHAMAD

KETIGA
INTAN NADIA BT. ALBAR

KEEMPAT
MUHAMMAD HUZAIFAH BT. HAZARUL SHAZLY


TAHAP 2

JOHAN
MUHAMMAD ASHRAF B. ZAIHAN

NAIB JOHAN
ROZA NUR ZAQIAH BT. ZAMANI

KETIGA
NUR ADIBAH BT. NURDIN


KEEMPAT
SITI NUR AISYAH BT. ABDULLAH

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP