PENARAFAN 5 BINTANG SKPP

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menganugerahi Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu pencapaian 5 bintang dalam penarafan Smart School Qualifications Standard (SSQS) tahun 2011. Anugerah sebegini bertujuan memberi pengiktirafan cemerlang kepada sekolah-sekolah di Malaysia yang berjaya mencapai standard tertentu dalam penggunaan teknologi maklumat (ICT) samada dalam kalangan pelajar, guru-guru dan juga staf sokongan.
Pada tahun 2009 dan 2010 yang lalu, SKPP hanya mendapat pengiktirafan 4 bintang sahaja dan berkat usaha semua pihak terutamanya penyelaras ICT iaitu en. Ismail b. Md. Sani, SKPP telah berjaya mencapai taraf 5 bintang untuk tahun 2011.


Tahniah kepada semua pihak.

Read more...

BOLA TAMPAR MSSM MERLIMAU

Pasukan Bola Tampar SK Parit Penghulu telah menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSM Merlimau bermula 13 hingga 14 Februari 2012 yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Tembakau. Pasukan bola tampar lelaki dan perempuan menunjukkan persembahan dan semangat juang yang tinggi dalam kejohanan tersebut. Mereka telah berjaya menumpaskan beberapa buah pasukan sekolah lain walaupun bermain dalam cuaca yang agak panas dan sedikit berangin.


Pasukan bola tampar lelaki menduduki tempat keempat keseluruhan setelah tunduk kepada pasukan SK Merlimau Satu pada penentuan tempat ketiga dan keempat. Manakala pasukan bola tampar perempuan SKPP juga menduduki tempat keempat setelah tunduk kepada pasukan daripada SK Sempang.
Tahniah kepada semua pemain yang telah bertungkus-lumus dalam kejohanan tersebut dan tidak lupa juga kepada semua guru yang terlibat secara langsung dalam pertandingan bola tampar 2012.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

PELANCARAN PROGRAM NILAM

Satu program membaca dan meminjam buku telah dilancarkan dengan rasminya oleh Pn. Nasriah bt. Rahmat iaitu wakil dari The Star Publications, Melaka. Program yang dinamakan NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) telah disempurnakan pada 13 Februari 2012 (Isnin).
Tujuan Program NILAM dan pinjaman buku terbanyak ini diadakan untuk menyuntik semangat rajin membaca dan meminjam buku di perpustakaan sekolah. Para pelajar didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan sekiranya mereka rajin mentelaah mata pelajaran dan membaca bahan-bahan bacaan secara sistematik dan berkesan.
Pada tahun 2012 ini, Pusat Sumber SKPP menawarkan hadiah sebuah basikal kepada pelajar yang mencatat bahan bacaan paling tinggi dalam buku Nilam dan seterusnya akan dinobatkan sebagai Tokoh Nilam 2012. Pihak The Star juga telah sudi menaja hadiah bulanan untuk program pinjaman terbanyak setiap bulan.


Pihak sekkolah mengucapkan ribuan terim kasih kepada The Star Publications dan semua pihak yang telah menjayakan program NILAM 2012.

klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MOTIVASI SENTUHAN QALBU

Unit Kaunseling SK Parit Penghulu berpeluang mengadakan satu program khas untuk pelajar dan ibu bapa. Program yang diberi nama Motivasi Kecemerlangan Diri Sentuhan Qalbu telah diadakan pada 11 Februari 2012 (Sabtu).



Antara objektif program sebegini ialah :
1. Mewujudkan kerjasama dan persefahaman yang erat antara ibu bapa dengan guru-guru
2. Merapatkan hubungan silaturrahim antara semua warga SKPP dengan masyarakat setempat
3. Memberi maklumat terkini mengenai status pembelajaran dan pengajaran murid-murid kepada ibu bapa
4. Berkongsi dan bertukar-tukar pendapat bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan murid-murid

Ramai ibu bapa yang hadir dalam program tersebut. Ini menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan ibu bapa dalam membentuk potensi diri serta menjana kecemerlangan para pelajar SK Parit Penghulu. Semoga kecemerlangan berterusan dapat diraih oleh murid-murid SKPP pada tahun 2012 ini.

Sila klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS

Para pelajar yang telah mengikuti kursus kepimpinan pengawas telah dilantik secara rasminya pada majlis pelantikan pengawas yang diadakan pada 30 Januari 2012. Majlis ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh Ketua Balai Polis Sungai Rambai, Melaka.
Majlis pelantikan ini dimulai dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, ucapan perasmian, pemeriksaan perbarisan, bacaan ikrar dan penyerahan watikah pelantikan. Setelah berlangsungnya majlis tersebut, maka para pengawas tersebut secara rasminya menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah kepada mereka. Semoga pelantikan para pengawas tersebut dapat menjadikan SKPP lebih cemerlang dan gemilang.



Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

Unit HEM SK Parit Penghulu telah mengambil inisiatif mengadakan kursus kepimpinan pengawas-pengawas sekolah pada 26 Januari 2012. Lokasi pilihan tahun ini bertempat di Maktab Teknik Polis DiRaja Malaysia, Bakri, Johor Darul Takzim.


Seramai 80 orang pelajar menyertai program tersebut yang terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas SPBT dan ketua-ketua kelas. Para pelajar ini didedahkan tentang konsep-konsep kepimpinan yang berkesan serta tatacara menguruskan perilaku serta menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Selain itu, mereka juga berpeluang menimba ilmu tentang kepolisan. Para pelajar yang menyertai program tersebut diberi peluang untuk melihat dan merasai kepelbagaian senjata api yang disediakan oleh pihak PDRM.
Maktab Teknik PDRM ini juga menyediakan persembahan menunggang motor berkuasa tinggi yang begitu menarik minat para pelajar.
Semoga pendedahan sebegini memberi pengalaman berharga kepada semua pelajar yang menyertainya.
Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP