MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 39

5 APRIL - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Parit Penghulu telah melangsungkan satu mesyuarat agung pada tanggal 5 April 2013 yang lalu bertempat di dewan SKPP. Seramai 89 orang ibu bapa dan guru-guru yang hadir dalam mesyuarat tersebut.
Mesyuarat PIBG kali ke-39 ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hassan  b. Abd. Rahman. Penyertaan ibu bapa pada sesi kali ini amat menggalakkan dan berjaya memberi idea-idea baharu serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah dan komuniti setempat.



Beberapa usul telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Antaranya ialah :
1. Mencadangkan Mesyuarat Agung PIBG dibuat pada hari Sabtu untuk memudahkan urusan ibu bapa yang bekerja
2. Memohon pihak sekolah menyediakan papan kenyataan di kawasan pondok pengawal untuk mempamerkan aktiviti terkini sekolah
3. Memohon menyediakan lampu di pondok menunggu di luar pagar sekolah dan lampu tersebut haruslah dinyalakan setiap hari pada waktu pagi dan petang.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

PERTANDINGAN BERCERITA SAINS

21 MAC - Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah diamanahkan mengelola aktiviti Pertandingan Bercerita Sains dalam Bahasa Inggeris pada 21 Mac 2013 yang lalu. Pertandingan ini merupakan anjuran kali kedua yang dikelolakan oleh SKPP. Beberapa buah sekolah di Kawasan Merlimau telah menyertai pertandingan tersebut.



Wakil SK Parit Penghulu iaitu Nurfarhan Hasif Haikal b. Lailan telah berjaya mendapat tempat kedua dengan tajuk ceritanya "A Cub Learns to Roar".







Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan tersebut.

JOHAN  : Ummu Qistina bt. Mohd Hidayat (SK Merlimau 2)
NAIB JOHAN  : Nurfarhan Hasif Haikal b. Lailan (SK Parit Penghulu)
KETIGA  : Arina Soleha bt. Lokman (SK Sungai Rambai)
KEEMPAT  : Amirul Syahid b. Khirman (SK Serkam)
KELIMA  : Majdiah Musfirah bt. Mat Zabri (SK Seri Machap)

Tahniah kepada yang berjaya.

Klik di sini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

PERASMIAN JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-6

11 MAC - Program Jaguh Sekolah ini  adalah berkonsepkan ‘Treasure Hunt’ atau ‘Explore Race’. Majlis perasmian program tersebut telah dilangsungkan pada 11 Mac 2013 di tapak perhimpunan SKPP. Perasminya ialah En. Zulkifly b. Mansor iaitu Pegawai Teknologi Pendidikan dari Pusat Kegiatan Guru Sebatu. 




Matlamat program ini diadakan ialah :


Mencabar minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan.
Turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta; semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan.
Menggalakkan penglibatan ibu bapa dan agensi luar dalam meneroka pembelajaran
Memberi pendedahan dan kemahiran murid-murid dalam pencarian maklumat di Pusat Sumber Sekolah
Mendekatkan murid- murid dengan perpustakaan serta menjadikan kunjungan ke perpustakaan satu amalan pembelajaran sepanjang hayat.
Menyedarkan murid-murid tentang kepentingan perpustakaan dalam proses pembelajaran.
Merangsang rasa ingin tahu bagi mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan pada edisi kali ini ialah :





JOHAN
1.     Sebuah set “Tablet”
2.     Wang tunai RM 50.00
3.     Pakej lawatan sambil belajar ke Cameron Highland
4.     Piala
5.     Kamus
6.     Sijil
NAIB JOHAN
1.             Kereta kawalan jauh
2.             Kamus dwibahasa

KETIGA
1.     Set Playstation
2.     Kamus tribahasa

KEEMPAT
1.             Set jam tangan
2.             Kamus peribahasa

KELIMA
1.     Set Sahibba


Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

PERASMIAN BANGUNAN TAMBAHAN

5 MAC - Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah memperoleh dua blok bangunan tambahan yang telah mula beroperasi pada tahun 2011 yang lalu. Bangunan tambahan ini dapat menampung keperluan pembelajaran pelajar serta memberi keselesaan kepada warga SKPP.


Justeru itu, satu majlis perasmian telah diadakan pada 5 Mac di dewan SKPP. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Hassan b. Abdul Rahman yang juga merupakan ADUN Sungai Rambai. Beliau yang menjadi penggerak utama dalam merealisasikan prasarana tersebut berdiri teguh di sekolah ini.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah pemimpin-pemimpin peringkat kampung, pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Jasin serta ibu bapa yang tidak ketinggalan menyaksikan acara bersejarah tersebut.
Semoga dengan adanya bangunan tambahan ini, pencapaian akademik serta kemajuan pelajar dapat ditingkatkan dengan jayanya.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP