KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN 2012

12 JULAI 2012 - Unit Kokurikulum SKPP telah mengadakan Kejohanan Sukan dan Balapan bermula 2 Julai hingga 12 Julai 2012. Aktiviti sukantara merupakan aktiviti pertama kejohanan tersebut iaitu pada 2 dan 3 Julai manakala acara akhir padang dilangsungkan pada 9 dan 10 Julai. Kemuncak kejohanan tersebut telah dilangsungkan pada 12 Julai (Khamis) bermula jam 2.00 petang hingga 6.00 petang.
Aktiviti yang dipertandingkan pada temasya tersebut ialah 100m, 200m, 4X110m, lempar cakera, lontar peluru, lompat jauh dan lompat tinggi mengikut kategori tertentu.
Ramai ibu bapa yang hadir pada program tersebut dan ini secara tidak langsung menunjukkan komitmen masyarakat setempat dengan pihak sekolah dan guru-guru khasnya.



Keputusan penuh seperti berikut :
JOHAN : RUMAH MERAH
NAIB JOHAN : RUMAH BIRU
KETIGA : RUMAH HIJAU
KEEMPAT : RUMAH KUNING

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan temasya tersebut.
Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

KEPUTUSAN JAGUH SEKOLAH 2012

9 JULAI 2012 - Setelah mengharungi pertandingan Jaguh Sekolah selama 4 bulan, murid-murid yang berjaya telah diraikan dalam satu majlis penyampaian hadiah yang gilang-gemilang. Majlis tersebut berlangsung pada 9 Julai 2012 (Isnin) dan telah dirasmikan dengan jayanya oleh En. Nasir b. Marob iaitu Penolong Pengurus MBSB Wilayah Selatan. Selain itu, pihak sekolah juga telah menjemput En. Zulkifly b. Mansor, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Sebatu untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.
Aktiviti Jaguh Sekolah ini dianjurkan oleh pusat sumber sekolah dengan sokongan dan kerjasama semua panitia matapelajaran.


Pelbagai hadiah telah disampaikan kepada pelajar yang berjaya seperti sebuah telefon bimbit, wang tunai RM 100, kereta kawalan jauh, pakej melancong ke Terengganu dan sebagainya.
Pemenang Keseluruhan Jaguh sekolah musim ke-5 ialah :
1. Johan PPKI KSSR - MUHAMMAD NOREMAN B. AHMAD AFANDI
2. Johan PPKI KBSR - KHAIRUL ISKANDAR B. KAMARUDIN
3. Johan Tahap 1 - JASLINA BT. SUJAK
4. Johan Tahap 2 - NURFARAHANA HANANI BT. LAILAN

Keputusan penuh, sila klik disini

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MAJLIS PERSARAAN PN. MARIYAM

28 Jun 2012 (Khamis) - Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah kehilangan seorang lagi pendidik berjiwa besar apabila seorang guru telah menamatkan perkhidmatannya dalam dunia pendidikan. Guru yang dimaksudkan itu ialah Pn. Mariyam bt. Haris iaitu Guru Prasekolah SKPP.
Beliau telah bersara wajib pada 29 Jun 2012. Justeru itu, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis khas untuk mengenang sejarah perkhidmatan beliau. Majlis tersebut telah berlangsung pada 28 Jun 2012 di dewan utama SKPP. Pada hari terakhir pekhidmatannya, Pn. Mariyam telah berkongsi pelbagai cerita suka dan duka sepanjang perkhidmatan beliau.


Guru-guru dan seluruh warga SKPP mengucapkan selamat bersara dan mendoakan kesihatan yang baik untuk Pn. Mariyam bt. Haris. Selamat bersara.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

MOTIVASI GURU BERSAMA MBSB


23 Jun 2012 - Pihak MBSB yang merupakan bapa angkat kepada SK Parit Penghulu telah bermurah hati menganjurkan satu sesi motivasi guru-guru bertempat di Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka. Program yang julung-julung kali ini diadakan untuk memberikan pengetahuan baharu kepada guru-guru serta menjalinkan semangat muhibbah antara kakitangan SKPP serta MBSB.
Semua guru telah mengikuti program motivasi tersebut yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Guru-guru dan para peserta program tersebut didedahkan dengan pelbagai maklumat terkini berkaitan dunia pendidikan serta aspek pengurusan untuk penambahbaikan seluruh warga SKPP terutamanya penningkatan kecemerlangan pelajar.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP