CUTI PERSEKOLAHAN 2010

Cuti persekolahan akhir tahun akan bermula pada 20 November 2010 sehingga 2 Januari 2011. Selamat bercuti kepada semua pelajar SK Parit Penghulu. Jumpa lagi tahun 2011.

Read more...

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2010




hari Anugerah Cemerlang SKPP 2010 telah diadakan pada 15 November 2010 (Isnin) jam 9.00 pagi bertempat di kantin baru SKPP. Para pelajar diberi pelbagai anugerah dan hadiah kerana pencapaian dan sumbangan mereka kepada Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.
Antara anugerah yang disampaikan ialah kepada pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas SPBT, pembantu kedai sekolah, kadudukan dalam kelas, matapelajaran terbaik dan sebagainya.
Kehadiran ibu bapa dan En. Bahari b. Ahmad selaku Yang DiPertua PIBG SKPP memeriahkan lagi sambutan majlis tersebut. Beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang boleh dikategorikan sebagai tokoh dalam SKPP antaranya ialah :
1. Siti hajar bt. Amerodin (Anugerah Khas PPKI SKPP)
2. Syafqah Adha bt. Zawawi (Tokoh NILAM 2010)
3. Muhammad Ammar Muaz b. Lukman (Tokoh Kokurikulum 2010)
Selain itu, terdapat dua orang pelajar yang megharumkan nama SKPP kerana berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2010 iaitu :
1. Fasehah Nur bt. Ismail
2. Nur Iliyana bt. Abu Bakar

Read more...

LATIHAN KEBAKARAN 2010




Latihan kebakaran dan kecemasan telah diadakan di SK Parit Penghulu pada 10 November 2010. "Loceng gila" dibunyikan pada jam 9.00 pagi menandakan berlakunya 'kebakaran' di sebuah bangunan sekolah. Serentak dengan itu para pelajar dan guru-guru bergegas ke lokasi yang lebih selamat mengikut pelan kebakaran yang telah dimaklumkan sebelum ini.
Pasukan bomba dan penyelamat dari Merlimau bergegas ke lokasi kejadian untuk 'memadamkan kebakaran' yang berlaku.
Semasa latihan tersebut, anggota bomba dan penyelamat telah memberi tunjuk ajar serta teknik-teknik yang betul untuk memadamkan kebakaran.
Terima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat Merlimau.

Read more...

PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2010 BERSAMA SCHOLASTIC MALAYSIA







Para pelajar SK Parit Penghulu telah berjaya menyahut cabaran menyertai Program Kem Membaca 1Malaysia bersama Scholactic Malaysia pada 8 November 2010. Program ini diadakan untuk mencipta nama dalam Malaysian Books of Records. Sasarannya ialah seramai 350,000 orang pelajar dari 1000 buah sekolah seluruh Malaysia menyertai program tersebut.
Seramai 286 orang pelajar menyertai program yang diadakan di tapak perhimpunan jam 8.30 pagi. Para pelajar dan guru-guru menghabiskan masa selama 2,010 saat (33.5 minit) membaca pelbagai jenis buku untuk mencapai hasrat tersebut. Para pelajar yang berjaya menyertai program ini dianugerahi sijil penyertaan. maklumat lanjut boleh didapati di http://scholactic-asia.com/read2010/

Selain itu diadakan juga penyampaian hadiah kepada para pemenang pelbagai program yang diatur sebelum ini.
Tahniah kepada semua warga SKPP.

Read more...

LAWATAN KE TAMAN BUAYA, MELAKA

Seramai 40 orang pelajar dan 6 orang guru Tahun 6 SK Parit Penghulu telah berkunjung ke Taman Buaya, Melaka pada 20 Oktober 2010.
Lawatan ini melibatkan pelajar tahun 6 sempena berakhirnya UPSR 2010.
Para pelajar dan guru-guru dapat mempelajari tentang kehidupan buaya serta hidupan lain di taman ini.
Selain itu, semua peserta rombongan berpeluang merehatkan fikiran dengan aktiviti mandi-manda di kolam mandi yang tersedia di situ.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua guru terutamanya Pn. Hjh. Norhayati dan Cik Norasmahirniza kerana sudi memberikan sumbangan wang tunai untuk menjayakan program ini.




Read more...

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM




Unit Kokurikulum SK Parit Penghulu menganjurkan perkhemahan semua unit beruniform pada 14 dan 15 Oktober 2010 bertempat di Kem Modal Insan, Parit Penghulu. Unit beruniform yang terlibat ialah Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Puteri Islam.
Seramai 125 peserta mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Pelbagai program telah diikuti oleh para pelajar antaranya memancing, mendirikan khemah, mengembara, permainan pancaindera, nyanyian lagu-lagu patriotik dan sebagainya.
Pihak sekolah berharap program ini memberi manfaat dan pengalaman yang berguna kepada para pelajar. Ucapan terima kasih juga kepada semua guru dan fasilitator yang terlibat menjayakan program tersebut dan tidak lupa kepada para penderma yang sudi menghulurkan sumbangan.

Read more...

PENYERAHAN LENCANA PENGAKAP




Unit Kokurikulum SKPP mengadakan majlis penyerahan sijil dan lencana pengakap yang berjaya mencapai potensi tertentu. Berikut adalah senarai nama pelajar yang berjaya :

LENCANA KEAHLIAN DAN KRAFTANGAN
1. Mohammad Khairul b. Abdullah 11. Muhammad Syafik b. Md. Zan
2. Siti Hajar bt. Amerodin 12. Mohd Asri b. Hussein
3. Mohd Al-Amin b. Abu Zah 13. Muhammad Kamarudin b. Abu Bakar
4. Muhammad Nur Faizzudin b. Nasarudin 14. Muhammad Azrazizi b. Abdullah
5. Muhammad Rozaimi b. Rahim 15. Muhammad Amrul Iman b. Mohd Yusuh
6. Nooraisyah bt. Fauzi 16. Muzani b. Miswar
7. Nurul Farareena bt. Ramle 17. Muhammad Syafik. b. Geoffery
8. Azman b. Hassan 18. Nor Aina Eleyana bt. Md. Zan
9. Muhammad Shahrudin b. Aman 19. Mohd Azeri b. Khairul Anuar
10. Muhammad Khairun Rashid b. Mazlan 20. Khairul Iskandar b. Kamarudin

LENCANA KEAHLIAN / KEGEMARAN / PENGETAHUAN
1. Muhammad Daie Adni b. Mohd Radzi (lencana kraftangan / koleksi hobi / pelukis)
2. Abdullah Azam b. Hazarul Shazly (lencana koleksi hobi)
3. Mohd Nor Effendi b. Sazali (lencana pekebun muda)
4. Mohd Harith b. Rahmat (lencana koleksi hobi)
5. Siti Nur Shuhadah bt. Azman (lencana pembaca buku)
6. Nur Syahirah bt. Md. Yassin (lencana pembaca buku)

LENCANA KEAHLIAN/KEGEMARAN
1. Muhammad Faizuddin b. Mokhtar (lencana keahlian dan pembaca buku)
2. Muhammad Nasru Fadhlin b. Bahari (lencana keahlian)
3. Muhammad Faiz b. Kamal (lencana keahlian / pembaca buku)
4. Amirul Hakimi b. Ahmad Fadzil (lencana keahlian)
5. Nur Adibah bt. Nurdin (lencana keahlian)
6. Safra Khairina bt. Mohd Radzi (lencana keahlian / pembaca buku)
7. Nur Farisha Affin bt. Razali (lencana keahlian / pembaca buku)
8. Nurfarah Ain bt. Jasmin (lencana keahlian / pembaca buku)
9. Khairun Najah bt. Asran (lencana keahlian / pembaca buku)
10. Nur Farhanis bt. Kamar (lencana keahlian)
11. Nurfarhana Hanani bt. Lailan (lencana keahlian / pembaca buku)

Read more...

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE A FAMOSA SAFARI




Seramai 105 peserta mengikuti lawatan sambil belajar ke A Famosa Safari, Alor Gajah pada hari Sabtu 9 Oktober 2010.Para pelajar dan peserta rombongan menaiki dua buah bas menuju ke A Famosa pada jam 8.00 pagi. Mereka berpeluang menaiki trak menuju ke kawasan safari yang dipenuhi pelbagai haiwan antaranya harimau, singa, kuda, unta dan sebagainya.
Selain itu, kemeriahan turut dirasai dengan menyaksikan pelbagai persembahan menarik yang telah disediakan antaranya Elephant Show, Multi Animal Show, Bird Show dan persembahan yang begitu teruja iaitu Wild Wild West Show.
Banyak pengalaman dan ilmu yang berguna diperolehi oleh para peserta yang sudah tentu memberi kenangan manis semasa bertolak pulang ke SKPP pada jam 4.00 petang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program tersebut.

Read more...

PENUTUP TAHUN MEMBACA 2010




Unit Media SKPP telah mengadakan majlis penutup Program Tahun Membaca 2010 pada hari Isnin 4 Oktober 2010 bertempat di dataran perhimpunan SKPP. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SKPP iaitu Pn. Hjh. Norhayati bt. Hj. Abu Bakar.
Kategori hadiah yang disampaikan pada majlis tersebut ialah :
1. Program NILAM
2. Pinjaman Terbanyak Bulan September
3. Pertandingan Menulis Cerpen
4. Pertandingan Membina Bahan Powerpoint (kategori pelajar)
5. Pertandingan Membina Bahan Powerpoint (kategori guru)
6. Pertandingan Meneka Muka Surat Buku
Pada majlis tersebut, Guru Besar SKPP mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang terlibat menjayakan program tersebut. Disamping itu, beliau juga mengingatkan para pelajar supaya menanam sikap suka membaca dan mencari ilmu pengetahuan walau dimana sahaja berada.

.

Read more...

LaDaP ke-6 dan Jamuan Hari Raya







SK Parit Penghulu sekali mengorak langkah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) kali ke-6 pada 25 September 2010 yang lalu. Program pada kali ini mengupas tajuk "Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir".
Penceramah jemputan kali ini ialah En. Fakhzan Akmar dari "Motivation Consultant" berkongsi ilmu tentang potensi diri sendiri melalui tarikh lahir. Beliau menyatakan bahawa kunci kejayaan utama seseorang itu ialah Ilmu, Mentor dan Sistem. Banyak ilmu yang dapat dikongsi pada LaDaP kali ini. Guru-guru begitu terpegun dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan ini.
Pada akhir ceramah ini, PIBG telah mengambil inisiatif untuk mengadakan jamuan hari raya. Kehadiran AJK PIBG amat memberangsangkan dan sekaligus merapatkan silaturrahim antara guru-guru dan ibu bapa.

Read more...

LAWATAN SEMPENA UPSR 2010




Sempena Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 yang berlangsung pada 21 -23 September 2010, para pelajar SK Parit Penghulu telah dibawa melawat ke Zoo Melaka untuk menambah pengetahuan dan pengalaman tersendiri tentang hidupan liar.
Seramai 80 orang pelajar Tahap 1 dan 8 orang guru telah turut serta dalam lawatan pada 21 September manakala 44 orang pelajar tahap 2 dan 4 orang guru pengiring telah merealisasikan program tersebut pada 23 September 2010.
Semua pelajar disediakan sarapan pagi sebelum bertolak ke Zoo Melaka kira-kira jam 8.00 pagi. Setibanya di sana, para pelajar melihat secara dekat hidupan liar dan menyaksikan persembahan yang begitu menarik pada jam 11.00 pagi. Sebelum pulang,para pelajar menjamu selera dan tiba di SKPP kira-kira jam 1.15 tengahari.
Terima kasih kepada semua pelajar dan guru-guru yang terlibat. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua.

Read more...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Warga SK Parit Penghulu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Muslimin dan Muslimat. Sekiranya ada salah dan silap harap dimaafkan.

Read more...

MEWARNA KEMERDEKAAN DAN KHATAM AL-QURAN




Sempena menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-53, Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah mengadakan pertandingan mewarna untuk semua pelajar. Pertandingan yang diadakan pada 30 Ogos yang lalu mendapat sambutan menggalakkan dari para pelajar.
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 3 September yang lalu. Pelajar yang berjaya dalam pertandingan tersebut mendapat hadiah berupa duit raya berjumlah RM10.00
Pada hari tersebut juga diadakan majlis Khatam Al-Quran dan penyampaian bantuan duit raya kepada anak-anak yatim yang belajar di SKPP. Majlis khatam Al-Quran melibatkan semua guru dan pelajar yang dipimpin oleh ustaz Mohd Nizam.

Read more...

PROGRAM SEMPENA KEMERDEKAAN DI SKPP





1 Malaysia : Menjana Transformasi menjadi inspirasi dan halatuju yang baik untuk warga SK Parit Penghulu.
Justeru itu, Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu di bawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan mewarna sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2010.
Program yang diadakan pada 30 Ogos 2010 ini dimulakan serentak pada jam 10.40 pagi. Semua pelajar Tahun 1 hingga Tahun 5 mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna tersebut.

Read more...

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-53

Tema Hari Kebangsaan 2010 kali ke-53 ini ialah 1 Malaysia : Menjana Transformasi. Selamat Hari Kebangsaan.



Read more...

GOTONG-ROYONG PERDANA

Tanggal 10 Ogos 2010 telah diadakan gotong-royong perdana di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Program tersebut diadakan sempena menyambut ketibaan Ramadhan dan sekaligus membersihkan persekitaran sekolah.
Program tersebut bermula jam 3.30 petang yang dihadiri oleh guru-guru dan para pelajar SKPP.
Ibu bapa juga tidak ketinggalan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong perdana ini. Kesempatan ini juga digunakan untuk memindahkan serba sedikit keperluan pejabat ke bangunan baru yang hampir siap.
Guru besar dan guru-guru mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.




Read more...

DERMA SEMPENA RAMADHAN






Sempena ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang baik ini, pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu iaitu en. Muzaid b. Muhammad telah bermurah hari menghulurkan derma kepada anak-anak yatim.
Seramai 15 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu yang telah ketiadaan ibu atau bapanya telah dibantu. Sumbangan berupa wang tunai tersebut telah disampaikan oleh Guru Besar SK Parit Penghulu semasa majlis perhimpunan mingguan pada 9 Ogos 2010 yang lalu.
Semoga sumbangan ini dapat membantu pelajar-pelajar tersebut meraikan bulan Ramadhan dengan sebaiknya. Terima kasih juga kepada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan.

Read more...

LaDaP ke-5 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) untuk guru-guru SK Parit Penghulu telah diadakan pada 7 Ogos 2010 (Sabtu) jam 8.00 pagi bertempat di makmal komputer SKPP. LaDaP kali ke-5 ini adalah melibatkan tajuk penggunaan ICT di kalangan guru-guru SK Parit Penghulu.
Guru-guru didedahkan dengan program aplikasi Powerpoint yang telah disampaikan oleh en. Zulhazmi b. Muiddin. Latihan kali ini juga melibatkan latihan guru-guru untuk membina laman blog yang telah disampaikan oleh en. Mohd Azli b. Muda.
Guru-guru yang hadir memberikan komitmen yang jitu untuk mengaplikasikan ilmu yang telah disampaikan pada hari tersebut.

Read more...

MAJLIS PERPISAHAN PN. SITI ZABEDAH




Warga SK Parit Penghulu telah kehilangan seorang guru yang berdedikasi iaitu Pn. Siti Zabedah bt. Othman. Beliau yang merupakan seorang tenaga pengajar yang berpengalaman telah diarahkan bertukar ke SK Bukit Tembakau kerana urusan kenaikan pangkat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah tersebut.
Semua pelajar, guru-guru dan staff sokongan SK Parit Penghulu mengucapkan selamat maju jaya kepada Pn. Siti Zabedah bt. Othman.

Read more...

KEPUTUSAN PERTANDINGAN JAGUH SEKOLAH




Tahun 2010 merupakan musim ke-3 berlangsungnya program "Jaguh Sekolah". Program yang menghimpunkan pelbagai aktiviti mengikut mata pelajaran ini diuruskan panitia-panitia tertentu seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kajian Tempatan, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Muzik.
Tahniah kepada Jaguh Sekolah tahap 1 iaitu Jasmeen bt. Sujak dan Jaguh Sekolah tahap 2 iaitu Nur Iliyana bt. Abu Bakar yang telah berjaya memenangi sebuah telefon bimbit, wang tunai RM 30.00, piala dan sijil.
Berikut adalah senarai penuh para pemenang program Jaguh Sekolah 2010
Tahap 1
Johan : Jasmeen bt. Sujak
Naib Johan : Nurain Serina bt. Hamzah
Ketiga : Muhammad Raihan bt. Mansor
Keempat : Ainaa Bariah Syahirah bt. Mohd Halim
Kelima : Siti Nur Fatin Aina bt. Azaman
Tahap 2
Johan : Nur Iliyana bt. Abu Bakar
Nain Johan : Nur Farhana Hanani bt. Lailan
Ketiga : Amien Farhan b. Hamdan
Keempat : Muhammad Ashraf b. Zaihan
Kelima : Muhammad Syazwan b. Abdullah

Read more...

LaDaP ke-4

Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) kali ke-4 telah berjaya dilangsungkan di Koej Komuniti Jasin, Merlimau pada 10 Julai 2010. Program kali ini melibatkan guru-guru membina landskap dengan kaedah-kaedah serta teknik-teknik tertentu.
Program kali ini sangat menjurus kepada kemahiran dan kreativiti guru-guru untuk mencuba ilmu tersebut di rumah mahupun di sekolah. Pihak sekolah amat berharap pengalaman hari ini dapat digunakan untuk menjayakan landskap sekolah pada tahun 2011 nanti.

Read more...

Lawatan ke Dusun Dato' Murad




Kumpulan pelajar SKPP seramai 40 orang telah berpeluang berkunjung dan mendekati penjara Dusun Dato' Murad pada 8 Julai 2010. Para pelajar yang terpilih dari Tahun 1 hingga Tahun 5 ini bertolak ke Dusun Dato' Murad pada jam 8.00 pagi.
Setibanya di sana, guru pengiring dan para pelajar menaiki trem untuk melihat secara lebih dekat kehidupan banduan-banduan di penjara tersebut. Mereka berpeluang beramah mesra dengan para banduan serta menyelami beberapa pengalaman tentang kehidupan di penjara. Antara tempat-tempat yang dilawati oleh para pelajar seperti kebun sayur-sayuran, ladang ternakan, bengkel batik dan ikan hiasan.
Sesi "Kehidupan Dari Penjara" banyak memberi pengalaman dan pengajaran kepada para pelajar supaya menghargai kehidupan dan menjauhi perbuatan yang tidak diingini. Pihak sekolah berharap program ini memberi suntikan baru kepada para pelajar supaya tidak mengulangi salah laku disiplin pada masa akan datang.

Read more...

Lawatan PPKI ke negeri Terengganu



Terengganu yang terkenal dengan jolokan "Negeri Cantik Budaya Menarik" telah menggamit para guru dan pelajar SK Parit Penghulu untuk berkunjung ke sana. Hasrat itu direalisaikan dengan terlaksananya program lawatan muhibbah para pelajar dan guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ke negeri Terengganu Darul Iman pada 4 Julai 2010 yang lalu.
Peserta rombongan ini melawat beberapa tempat yang menarik di sana antaranya Taman Tamadun Islam, Pasar Kedai Payang, perusahaan keropok lekor, masjid terapung dan sebagainya.
Program 4 hari 3 malam ini banyak memberi input dan manfaat untuk para pelajar dan juga guru-guru SKPP.

Read more...

Latihan dalam Perkhidmatan (LaDaP) ke-3



Guru-guru SK Parit Penghulu menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) kali ke-3 untuk tahun 2010. Program kali ini telah diadakan di Ras Batik, Parit Penghulu.
Program yang berlangsung pada 3 Julai 2010 ini menyaksikan guru-guru memaparkan kreativiti dan bakat-bakat mencanting batik. Mereka begitu seronok dan teruja dengan karya-karya yang berjaya dihasilkan dengan hasil titik peluh sendiri.
Hasil kerja yang berjaya disiapkan itu akan ditampal dan dipamerkan dibangunan SK Parit Penghulu yang akan siap menjelang tahun ini.
Sekalung tahniah kepada semua guru SKPP dan terima kasih juga kepada en. Rasli b. Tumin selaku pemilik Ras Batik.

Read more...

HARI TERBUKA SKPP



Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu mengadakan Hari Terbuka pada 25 Jun 2010 yang lalu. Program sebegini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dan ibu bapa. selain itu, ibu bapa dan guru-guru dapat berkongsi maklumat tentang persekitaran sekolah serta perkembangan para pelajar.
Pada hari tersebut juga, ibu bapa diberi sedikit taklimat dan laporan terkini anak-anak mereka. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun juga dimaklumkan pada hari tersebut.
Ramai ibu bapa yang hadir pada pertemuan kali ini. Semoga program yang dilaksanakan ini dapat membantu meningkatkan motivasi serta hala tuju pembelajaran pelajar SKPP.

Read more...

PENYERAHAN BANTUAN KWAPM



Seramai 78 orang pelajar SKPP berjaya mendapatkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang bernilai RM200.00 setiap seorang. Majlis penyerahannya diadakan pada 27 Mei 2010 yang lalu bertempat di kantin SKPP.
Rata-rata ibu bapa dan penjaga yang menerima bantuan tersebut melahirkan rasa syukur dan bertuah atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga bantuan KWAPM ini memberi sedikit kemudahan dan mengurangkan kesempitan ibu bapa di SK Parit Penghulu untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka.

Read more...

HARI GURU 2010



Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu diadakan di padang SKPP pada 17 Mei 2010 (Isnin).
Guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu Stream. Wish, Estima dan Alphard. Suasana yang begitu meriah dapat dirasai oleh semua warga SK Parit Penghulu.
Pelbagai acara diadakan seperti bola jaring, petanque dan acara kemuncaknya tarik tali.
Setelah selesai acara padang, guru-guru dan semua kakitangan menikmati jamuan di pusat sumber SKPP.
Pasukan Alphard telah diumumkan sebagai johan dalam temasya ini. Tahniah kepada pasukan Alphard dan terima kasih juga kepada semua guru yang mengambil bahagian. Tidak lupa juga kepada Kelab Keluarga SKPP yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan pada tahun ini.

Read more...

BOLA TAMPAR MSSM MELAKA
















SK Parit Penghulu telah menyertai kejohanan bola tampar MSSM negeri Melaka yang telah diadakan pada 10 Mei 2010 di SMK Notre Dame, Melaka. Pasukan SK Parit Penghulu yang disertai oleh 12 orang pemain hanya layak ke pusingan kedua setelah menjuarai peringkat kumpulan. Syabas juga atas kegigihan dan kesungguhan pasukan bola tampar ini.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan :

Peringkat kumpulan
SKPP lwn SK Felda Bukit Senggeh
(30) (14)

SKPP lwn SJKT Jasin
(30) (29)

SKPP lwn SK Batu Berendam
(30) (17)

Pusingan Kedua
SKPP lwn SK Telok Mas
(15) (30)

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP