BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
24 JANUARI - Sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan mengenai bantuan
persekolahan bernilai RM100 tetap diteruskan. Pengumuman bantuan itu
terkandung dalam teras ketiga “Mengungul Modal Insan” dalam intipati
Bajet 2014. Sehubungan itu, bantuan persekolahan RM100 seorang kepada 5.4 juta
pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara telah diagihkan
bermula 15 Januari 2014 secara berperingkat-peringkat.
Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu melalui unit Hal Ehwal Murid telah menyerahkan bantuan awal persekolahan (BAKAP) pada 24 Januari 2014 iaitu pada hari Jumaat jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai 212 orang murid yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 serta PPKI telah mendapat sumbangan RM 100 tersebut. Sementara itu, murid-murid Tahun 6 Fathanah pula mengambil bantuan tersebut di SMK Sungai Rambai yang disampaikan sendiri oleh Y.B. Datuk Hassan b. Abd. Rahman (ADUN Sungai Rambai).
Ibu bapa yang hadir begitu bersyukur dengan agihan bantuan tersebut yang sememangnya dapat meringankan sedikit bebanan kewangan dan membantu melancarkan persekolahan anak masing-masing.
0 ulasan:
Catat Ulasan