MOTIVASI KEIBUBAPAAN

8 FEBRUARI - Kejayaan seseorang pelajar dalam bidang akademik dan kegemilangan sahsiah adalah sangat berkait rapat dengan sokongan, dorongan, tunjuk ajar serta nasihat yang berterusan daripada ibu bapa seseorang pelajar serta guru-guru yang bertanggungjawab mendidik pelajar ini bagi mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Justeru, adalah menjadi harapan daripada program Motivasi Kecemerlangan diri dan Keibubapaan SK Parit Penghulu 2014  dapat mempertingkatkan disiplin pelajar dan seterusnya menjadikan sekolah sebagai institusi yang berkesan untuk melahirkan generasi pelajar yang cemerlang dari aspek sahsiah dan akademik. Hal ini menjadi keutamaan pihak sekolah untuk mencari jalan penyelesaian serta mempertingkat jati diri murid-murid serta ibu bapa yang terlibat. 



Bagi menjayakan hasrat tersebut, unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Kecemerlangan SKPP merealisasikan satu lagi program pencerahan minda yang dikenali sebagai "Motivasi Keibubapaan" pada 8 Februari 2014 yang lalu. Majlis ini diadakan di dewan SK Parit Penghulu. 
Lebih menarik lagi, program ini menampilkan seorang penceramah yang hebat iaitu
Muhammad Fakhrul Islam bin Md Zarin yang merupakan finalis rancangan realiti Pencetus Ummah Astro Oasis.
Murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 serta ibu bapa yang hadir begitu teruja dengan kehadiran beliau dan mendapat pelbagai maklumat menarik berkaitan kecemerlangan dunia dan kecemerlangan akhirat. 

Klik disini untuk lebih banyak gambar

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP