PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN DIRI PEMIMPIN MUDA

24 FEB - Kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit HEM dan Unit Kokurikulum SK Parit Penghulu telah berjaya merealisasikan satu program yang amat bermakna kepada para pelajar SK Parit Penghulu. Program yang dinamakan "Pemantapan Sahsiah dan Ketrampilan Diri Pemimpin Muda" ini disasarkan kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Kelas, Pengerusi dan Setiausaha Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform serta Permainan.
Tujuan program ini dijalankan untuk membentuk sahsiah diri dan ketrampilan para pemimpin muda, memupuk rasa tanggungjawab dan kerjasama serta menjelaskan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin muda.



Jam 11.00 pagi, para pelajar mendengar ceramah motivasi daripada En. Mat Sah b. Othman iaitu Kaunselor Pentadbir, Pejabat Pelajaran Daerah Jasin. Seterusnya pada jam 2.30 petang, para pelajar yang berkenaan mengikuti aktiviti Eksplorasi Jati Diri. Dalam aktiviti ini, para peserta perlu melalui enam persinggahan iaitu Belut, Cari Menantu, Baldi Sotong, Sungai Asid, Paip Bocor dan Kutip Getah.
Program ini berakhir pada jam 6.00 petang. Para pelajar begitu seronok dan mendapat pelbagai manfaat daripadanya.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP