MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. NORHAYATI BT. ABU BAKAR

SK Parit Penghulu telah kehilangan seorang permata yang bersinar kerana telah bersara wajib daripada perkhidmatan awam. Tokoh yang dimaksudkan ialah Pn. Hjh. Norhayati bt. Hj. Abu Bakar iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 36 tahun bermula pada 1976 di SMK Dato Taha Talib, Negeri Sembilan. Perkhidmatan beliau diteruskan ke SMK Datuk Rahman Yaakub pada tahun 1982, seterusnya bertugas di SMK Seri Mahkota, Merlimau pada tahun 1987 sebelum ke SK Merlimau 2 pada tahun 1996. Perkhidmatan beliau diteruskan lagi untuk menabur jasa dan bakti di SK Merlimau 1 pada tahun 1997. Pada tahun 2001, beliau dilantik menjadi GPK Kokurikulum di SK Jasin dan kemudiannya sebagai GPK HEM serta GPK Kurikulum di SK Merliamu 1 bermula tahun 2002. Pada tanggal 1.4.2009, Pn. Hjh. Norhayati mula berkhidmat sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Beliau mula bersara pada tarikh 8 Jun 2012.



Pihak SKPP telah mengadakan dua majlis khas untuk meraikan persaraan beliau iaitu pada 24 Mei bersama para pelajar manakala 12 Jun bersama guru-guru serta kakitangan perkhidmatan awam yang lain. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut terutamanya para penyumbang serta kakitangan SK Parit Penghulu.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

KEJOHANAN RAGBI MSSM MELAKA

Pasukan SKPP telah sekali lagi menyertai Kejohanan Ragbi Sentuh MSSM Melaka 2012. Kejohanan pada tahun ini telah dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput pada 19 Mei 2012. Seramai 12 orang pelajar SKPP menyertai pasukan ragbi tersebut. Pasukan kendalian En. Abd. Latif dan En. Mohd Bukhairy ini akhir telah mendapat tempat keempat keseluruhan setelah memenangi beberapa perlawanan.



Lebih menarik lagi, dua orang pelajar SK Parit Penghulu iaitu Mohd Buhairi b. Monjani dan Mohd Solehin telah terpilih untuk menyarung jersi pasukan Melaka ke peringkat kebangsaan yang akan dilangsungkan di Negeri Sembilan. Semoga berjaya dan tahniah kepada semua yang terlbat.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

SAMBUTAN HARI GURU 2012

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2012 telah diadakan di persekitaran SK Parit Penghulu pada 16 Mei yang lalu. Pelbagai acara menarik diadakan antaranya sukaneka seperti boling kelapa, mengisi air dalam botol, balingan gelung sebagainya.Guru-guru telah dibahagikan kepada empat kumpulan kecil untuk setiap sukaneka tersebut. Semua guru dan kakitangan berasa sungguh teruja dengan sambutan tersebut.



Sambutan pada tahun ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran 13 orang pengurus MBSB Wilayah Selatan yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama meraikan program tersebut. Para pegawai MBSB menghadiahkan sekuntum bunga untuk seorang guru dan sebiji kek hari guru sebagai simbolik sambutan pada tahun ini. Pihak MBSB yang merupakan bapa angkat kepada SKPP juga tidak keberatan menghulurkan sumbangan RM 1,000.00 untuk majlis Hari Guru 2012 ini. Pihak PIBG juga telah membiayai program tersebut dengan menghulurkan sumbangan sebanyak RM 200.00.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya MBSB, PIBG dan Kelab Keluarga SKPP.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

ACTION SONG

Pertandingan Action Song telah diadakan pada 2 Mei 2012 yang lalu bertempat di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1. Seramai 15 orang pelajar SK Parit Penghulu menyertai pertandingan tersebut. Wakil SKPP menampilkan dua buah persembahan iaitu "Animals Kingdom" dan "Birds and Insect".




Penyertaan SKPP pada kali pertama ini berjaya membuahkan hasil apabila berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan dan sekaligus layak ke pertandingan akhir peringkat negeri Melaka yang telah berlangsung pada 17 Mei 2012. Wakil SKPP hanya mendapat saguhati dalam pertandingan Action Song peringkat akhir negeri Melaka. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Panitia Bahasa Inggeris SKPP.

Read more...

PERTANDINGAN BATTLEBOT

Pertandingan Battlebot merupakan pertandingan robotik di mana pelajar akan menggunakan kreativiti dan pengetahuan Sains, Matematik dan Teknologi mereka untuk menghasil dan membina robot terkuat menggunakan teknologi LEGO. Pertandingan ini mengkehendaki pelajar untuk membina robot terkuat yang boleh bersaing dengan robot-robot lain.


Program ini telah berlangsung di SK Parit Penghulu pada 5 April 2012 (Khamis) yang lalu bertempat di dewan SKPP. Seramai 32 orang pelajar dari Tahun 3, Tahun 4 dan tahun 5 telah mengambil bahagian.
Peserta akan membina dan mengubahsuai robot mengikut citarasa masing-masing berdasarkan kreativiti mereka dan akan beradu kekuatan dengan kumpulan lain. Tujuannya adalah bagi memastikan pelajar menggunakan kreativiti dan pengetahuan mereka untuk mereka dan membina robot PINTAR BattleBot menggunakan komponen LEGO, dan mengubahsuainya dengan strategi kreatif mereka tersendiri. Robot terakhir yang berdiri teguh setelah bertanding dengan robot lain akan memenangi pertandingan ini.


Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

PENGAMBILAN SAMPEL DNA

Pada 2 April 2012, satu projek khas pengambilan sampel DNA pelajar telah diadakan di bilik kesihatan SKPP. Projek ini ditaja sepenuhnya oleh Syarikat Gesundheit Sdn. Bhd.atau lebih dikenali sebagai ECPI yang akan membekalkan produk IQ Max kepada semua pelajar Tahun Enam SKPP yang menyertainya.
Sampel darah dan rambut mereka telah diambil untuk tujuan ujian makmal yang telah dilakukan oleh dua orang doktor yang didatangkan khas dari Syarikat De One Elektronik Medication Hospital Sdn. Bhd.
Setiap bulan pelajar akan dibekalkan dengan produk IQ Max yang boleh merangsang minda dan kebolehan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.




ECPI IQ Max adalah makanan minda yang dihasilkan dengan menggunakan inovasi teknologi  “spacetime” yang mengandungi ribuantenaga gelombang dari bahan-bahan yang telah di perakui keberkesanannya merangsang fungsi otak. 
Simptom-simptom yang menunjukkan  otak memerlukan tenaga tambahan. 
Perasaan gementar,cemas dan bimbang.
Lemah daya ingatan dan malas.
Kurang keyakinan diri.
Bersifat pesimis dan negatif
Mudah lupa dan rasa jemu.
Selalu letih dan tidak bertenaga.
Serabut fikiran dan kelesuan otak.
Kurang daya tumpuan.
Sering diganggu kesedihan tidak menentu.
Pihak SKPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada ECPI yang sudi menaja projek tersebut.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

KEJOHANAN BOLA BALING MSSM MERLIMAU

Pasukan SKPP yang telah lama menyepikan diri dalam permainan bola baling telah menghantar dua pasukan untuk menyertai Kejohanan Bola Baling MSSM Merlimau pada tahun 2012 ini. Kejohanan pada tahun ini diadakan pada 26 dan 27 Mac 2012 bertempat di SK Serkam Darat.
Pasukan bola baling lelaki hanya sempat beraksi pada peringkat kumpulan sahaja, manakala pasukan perempuan telah layak ke peringkat separuh akhir setelah mengalahkan beberapa pasukan dari sekolah-sekolah Kawasan Merlimau.



Namun begitu, pasukan perempuan terkandas pada peringkat separuh akhir dan hanya berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan. Penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksikan pasukan SKPP telah kecundang ditangan pasukan SK Serkam Darat dengan 1-3.
Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP