PENGAMBILAN SAMPEL DNA
Pada 2 April 2012, satu projek khas pengambilan sampel DNA pelajar telah diadakan di bilik kesihatan SKPP. Projek ini ditaja sepenuhnya oleh Syarikat Gesundheit Sdn. Bhd.atau lebih dikenali sebagai ECPI yang akan membekalkan produk IQ Max kepada semua pelajar Tahun Enam SKPP yang menyertainya.
Sampel darah dan rambut mereka telah diambil untuk tujuan ujian makmal yang telah dilakukan oleh dua orang doktor yang didatangkan khas dari Syarikat De One
Elektronik Medication Hospital Sdn. Bhd.
Setiap bulan pelajar akan dibekalkan dengan produk IQ Max yang boleh merangsang minda dan kebolehan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
ECPI IQ Max adalah makanan minda yang dihasilkan dengan menggunakan inovasi teknologi “spacetime” yang mengandungi ribuantenaga gelombang dari bahan-bahan yang telah di perakui keberkesanannya merangsang fungsi otak.
Simptom-simptom yang menunjukkan otak memerlukan tenaga tambahan.
Perasaan gementar,cemas dan bimbang.
Lemah daya ingatan dan malas.
Kurang keyakinan diri.
Bersifat pesimis dan negatif
Mudah lupa dan rasa jemu.
Selalu letih dan tidak bertenaga.
Serabut fikiran dan kelesuan otak.
Kurang daya tumpuan.
Sering diganggu kesedihan tidak menentu.
Pihak SKPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada ECPI yang sudi menaja projek tersebut.
Klik disini untuk lebih banyak gambar
0 ulasan:
Catat Ulasan