MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. NORHAYATI BT. ABU BAKAR

SK Parit Penghulu telah kehilangan seorang permata yang bersinar kerana telah bersara wajib daripada perkhidmatan awam. Tokoh yang dimaksudkan ialah Pn. Hjh. Norhayati bt. Hj. Abu Bakar iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 36 tahun bermula pada 1976 di SMK Dato Taha Talib, Negeri Sembilan. Perkhidmatan beliau diteruskan ke SMK Datuk Rahman Yaakub pada tahun 1982, seterusnya bertugas di SMK Seri Mahkota, Merlimau pada tahun 1987 sebelum ke SK Merlimau 2 pada tahun 1996. Perkhidmatan beliau diteruskan lagi untuk menabur jasa dan bakti di SK Merlimau 1 pada tahun 1997. Pada tahun 2001, beliau dilantik menjadi GPK Kokurikulum di SK Jasin dan kemudiannya sebagai GPK HEM serta GPK Kurikulum di SK Merliamu 1 bermula tahun 2002. Pada tanggal 1.4.2009, Pn. Hjh. Norhayati mula berkhidmat sebagai Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Beliau mula bersara pada tarikh 8 Jun 2012.



Pihak SKPP telah mengadakan dua majlis khas untuk meraikan persaraan beliau iaitu pada 24 Mei bersama para pelajar manakala 12 Jun bersama guru-guru serta kakitangan perkhidmatan awam yang lain. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut terutamanya para penyumbang serta kakitangan SK Parit Penghulu.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP