SAMBUTAN HARI GURU 2012

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah tahun 2012 telah diadakan di persekitaran SK Parit Penghulu pada 16 Mei yang lalu. Pelbagai acara menarik diadakan antaranya sukaneka seperti boling kelapa, mengisi air dalam botol, balingan gelung sebagainya.Guru-guru telah dibahagikan kepada empat kumpulan kecil untuk setiap sukaneka tersebut. Semua guru dan kakitangan berasa sungguh teruja dengan sambutan tersebut.



Sambutan pada tahun ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran 13 orang pengurus MBSB Wilayah Selatan yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama meraikan program tersebut. Para pegawai MBSB menghadiahkan sekuntum bunga untuk seorang guru dan sebiji kek hari guru sebagai simbolik sambutan pada tahun ini. Pihak MBSB yang merupakan bapa angkat kepada SKPP juga tidak keberatan menghulurkan sumbangan RM 1,000.00 untuk majlis Hari Guru 2012 ini. Pihak PIBG juga telah membiayai program tersebut dengan menghulurkan sumbangan sebanyak RM 200.00.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya MBSB, PIBG dan Kelab Keluarga SKPP.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

ACTION SONG

Pertandingan Action Song telah diadakan pada 2 Mei 2012 yang lalu bertempat di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1. Seramai 15 orang pelajar SK Parit Penghulu menyertai pertandingan tersebut. Wakil SKPP menampilkan dua buah persembahan iaitu "Animals Kingdom" dan "Birds and Insect".




Penyertaan SKPP pada kali pertama ini berjaya membuahkan hasil apabila berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan dan sekaligus layak ke pertandingan akhir peringkat negeri Melaka yang telah berlangsung pada 17 Mei 2012. Wakil SKPP hanya mendapat saguhati dalam pertandingan Action Song peringkat akhir negeri Melaka. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Panitia Bahasa Inggeris SKPP.

Read more...

PERTANDINGAN BATTLEBOT

Pertandingan Battlebot merupakan pertandingan robotik di mana pelajar akan menggunakan kreativiti dan pengetahuan Sains, Matematik dan Teknologi mereka untuk menghasil dan membina robot terkuat menggunakan teknologi LEGO. Pertandingan ini mengkehendaki pelajar untuk membina robot terkuat yang boleh bersaing dengan robot-robot lain.


Program ini telah berlangsung di SK Parit Penghulu pada 5 April 2012 (Khamis) yang lalu bertempat di dewan SKPP. Seramai 32 orang pelajar dari Tahun 3, Tahun 4 dan tahun 5 telah mengambil bahagian.
Peserta akan membina dan mengubahsuai robot mengikut citarasa masing-masing berdasarkan kreativiti mereka dan akan beradu kekuatan dengan kumpulan lain. Tujuannya adalah bagi memastikan pelajar menggunakan kreativiti dan pengetahuan mereka untuk mereka dan membina robot PINTAR BattleBot menggunakan komponen LEGO, dan mengubahsuainya dengan strategi kreatif mereka tersendiri. Robot terakhir yang berdiri teguh setelah bertanding dengan robot lain akan memenangi pertandingan ini.


Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

PENGAMBILAN SAMPEL DNA

Pada 2 April 2012, satu projek khas pengambilan sampel DNA pelajar telah diadakan di bilik kesihatan SKPP. Projek ini ditaja sepenuhnya oleh Syarikat Gesundheit Sdn. Bhd.atau lebih dikenali sebagai ECPI yang akan membekalkan produk IQ Max kepada semua pelajar Tahun Enam SKPP yang menyertainya.
Sampel darah dan rambut mereka telah diambil untuk tujuan ujian makmal yang telah dilakukan oleh dua orang doktor yang didatangkan khas dari Syarikat De One Elektronik Medication Hospital Sdn. Bhd.
Setiap bulan pelajar akan dibekalkan dengan produk IQ Max yang boleh merangsang minda dan kebolehan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.




ECPI IQ Max adalah makanan minda yang dihasilkan dengan menggunakan inovasi teknologi  “spacetime” yang mengandungi ribuantenaga gelombang dari bahan-bahan yang telah di perakui keberkesanannya merangsang fungsi otak. 
Simptom-simptom yang menunjukkan  otak memerlukan tenaga tambahan. 
Perasaan gementar,cemas dan bimbang.
Lemah daya ingatan dan malas.
Kurang keyakinan diri.
Bersifat pesimis dan negatif
Mudah lupa dan rasa jemu.
Selalu letih dan tidak bertenaga.
Serabut fikiran dan kelesuan otak.
Kurang daya tumpuan.
Sering diganggu kesedihan tidak menentu.
Pihak SKPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada ECPI yang sudi menaja projek tersebut.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

KEJOHANAN BOLA BALING MSSM MERLIMAU

Pasukan SKPP yang telah lama menyepikan diri dalam permainan bola baling telah menghantar dua pasukan untuk menyertai Kejohanan Bola Baling MSSM Merlimau pada tahun 2012 ini. Kejohanan pada tahun ini diadakan pada 26 dan 27 Mac 2012 bertempat di SK Serkam Darat.
Pasukan bola baling lelaki hanya sempat beraksi pada peringkat kumpulan sahaja, manakala pasukan perempuan telah layak ke peringkat separuh akhir setelah mengalahkan beberapa pasukan dari sekolah-sekolah Kawasan Merlimau.



Namun begitu, pasukan perempuan terkandas pada peringkat separuh akhir dan hanya berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan. Penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksikan pasukan SKPP telah kecundang ditangan pasukan SK Serkam Darat dengan 1-3.
Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

PERTANDINGAN BERCERITA SAINS

SK Parit Penghulu telah terpilih menjadi tuan rumah Pertandingan Bercerita Sains Dalam Bahasa Inggeris peringkat Kawasan Merlimau pada tahun 2012. Program ini diadakan pada 27 Mac 2012 bertempat di Pusat Sumber SK Parit Penghulu. Sebanyak 16 buah sekolah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. 
Objektif pertandingan sebegini diadakan untuk :

<!--[if !supportLists]-->a.   <!--[endif]-->Memupuk minat murid terhadap Sains.
<!--[if !supportLists]-->b.   <!--[endif]-->Mempertingkat kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris.
<!--[if !supportLists]-->c.   <!--[endif]-->Mempertingkat keyakinan murid untuk menyampaikan idea.
d.   Mempertingkat kreativiti murid dan guru.


Senarai pemenang seperti berikut :
Johan : SK Sungai Rambai
naib Johan : SK Seri Machap
Ketiga : SJK (T) Ladang Bukit Asahan
Keempat : SK Datuk Haji Baginda
Kelima : SK Parit Penghulu

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

MAJLIS PELANCARAN GURU PENYAYANG

Program ini bertujuan menonjolkan kasih sayang guru-guru terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran pelajar seawal 6.45 pagi. Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah meraikan kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir. Guru-guru juga akan membetulkan tali leher ataupun pakaian pelajar jika tidak kemas sebagai tanda ambil berat & sayangnya guru pada anak murid. Setiap pelajar akan bersalam dengan guru.  Begitu juga waktu pulang, guru-guru akan beratur di pagar sebagai tanda menghantar pelajar pulang sambil mengingatkan pelajar agar hadir ke sekolah pada hari esoknya.


Pelajar tercengang-cengang melihat apa yang berlaku pagi ni kerana  biasa yang menyambut mereka ialah guru disiplin dengan rotannya bersama pengawas. Mereka tertanya-tanya apa jadi guru-guru hari ni , sangat baik menyamput mereka datang. Sebenarnya, program ini bertujuan meningkatkan sifat kepedulian guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikao mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
SK Parit Penghulu telah melancarkan Program Guru Penyayang pada 2 April 2012 bertempat di tapak perhimpunan SKPP. Pada majlis tersebut, murid-murid dan guru-guru yang dilahirkan pada bulan Januari, Febuari dan Mac telah diraikan oleh seluruh warga sekolah. Disamping itu, mereka juga diberikan beberapa saguhati sebagai tanda sayang dan kasihnya warga sekolah terhadap murid dan pelajar.
Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP