LAWATAN KE ZOO MELAKA DAN TAMAN BUAYA
Sempena UPSR yang berlangsung pada 10 - 12 September 2013, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk membawa sejumlah pelajar melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri Melaka. Tempat-tempat menarik yang dimaksudkan ialah Zoo Melaka dan Taman Buaya, Melaka.
Seramai 91 orang murid Tahap 1 dan 10 orang guru diberi peluang mengadakan lawatan ilmiah ke Zoo Melaka pada 10 September. Mereka dapat mempelajari tentang kehidupan haiwan-haiwan liar secara lebih dekat dan menyeronokkan. Murid-murid Tahap 2 pula di bawa ke Taman Buaya pada 12 September. Para pelajar ini begitu seronok dapat berkunjung ke tempat tersebut. Selain itu, mereka juga dapat merehatkan minda dengan melakukan aktiviti mandi-manda di kolam renang yang terdapat di Taman Buaya Melaka.
Klik disini untuk lebih banyak gambar.
0 ulasan:
Catat Ulasan