RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SK PARIT PENGHULU

30 OGOS 2013 - Suasana keceriaan sambutan Hari Raya Aidilfitri masih dirasai oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia. SKPP mengambil peluang sebegini untuk mengeratkan silaturrahim dan jalinan kemesraan antara murid-murid dan guru-guru serta ibu bapa.
Inisiatif mengadakan jamuan hari raya ini dicetuskan oleh Panitia Pendidikan Islam serta kerjasama Kelab Keluarga SK Parit Penghulu. Tetamu yang hadir dihidangkan dengan pelbagai juadah yang istimewa seperti ketupat, rendang, satay, kuih-muih dan sebagainya.


Kemeriahan rumah terbuka SKPP ini jelas kelihatan dengan adanya kerjasama semua pihak. Tidak ketinggalan juga adanya acara permintaan lagu kepada rakan-rakan serta guru-guru. Juruhebah yang bertugas pada hari tersebut begitu ceria dan membuatkan para tetamu terhibur semasa majlis tersebut berlangsung.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP