LAWATAN KE KILANG PROTON DAN CAMERON HIGHLANDS

Unit Media dan Unit Disiplin SK Parit Penghulu menganjurkan lawatan ilmiah ke beberapa lokasi menarik pada tahun ini. Seramai 39 orang murid dan 4 orang guru mengikuti aktiviti tersebut yang berlangsung pada 24 dan 25 September 2013 yang lalu.
Lokasi pertama yang dilawati oleh para peserta rombongan ialah Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara. Setelah hampir satu jam berada di sana, murid-murid dan guru-guru pergi melawat kilang PROTON yang terletak di Proton City, Tanjong Malim. Mereka diberi pendedahan tentang teknologi pembuatan kereta nasional yang menjadi kebanggaan negara. Memang teruja dapat berkongsi ilmu pengetahuan tentang bidang automotif ini. Banyak maklumat yang diperoleh semasa berkunjung ke sana.


Aktiviti seterusnya ialah menikmati panorama dan keindahan Cameron Highlands. Peserta rombongan begitu seronok berada di Cameron Highlands kerana cuacanya yang dingin dan menyegarkan. Mereka berpeluang melawati tempat-tempat yang menarik seperti Ladang Teh Boh, ladang lebah, Kea Farm, MARDI dan sebagainya.
Sebelum pulang, mereka sempat singgah di air terjun lata Iskandar yang begitu sejuk airnya. Semua peserta rombongan selamat tiba di SK Parit Penghulu pada jam 12.00 malam.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP