PELANCARAN PROGRAM JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-5

Unit Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan gabungan panitia mata pelajaran sekali lagi menganjurkan pertandingan Jaguh Sekolah pada tahun 2012. Pertandingan yang telah memasuki musim ke-5 ini telah dirasmikan pada 5 Mac 2012. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Profesor Emiritus Dr. Sir Hj. Amir Hamzah b. Abd. Hamid iaitu Pengarah Urusan Gesundheit Worldwide (ECPI).





Majlis perasmian tersebut berlangsung begitu meriah dengan adanya paluan kompang, persembahan pelajar dan juga penyampaian hadiah kepada pelajar yang terlibat dalam beberapa program sebelum ini. Pihak SKPP amat berbesar hati kerana kesudian Profesor Hj. Amir merasmikan majlis tersebut dan menyumbangkan bantuan kewangan untuk merancakkan perjalanan Pertandingan Jaguh Sekolah tahun 2012 ini. Beliau berjanji untuk menaja hadiah utama kepada para pemenang Jaguh Sekolah serta bantuan kewangan untuk Program Kecemerlangan SKPP. Selain itu, pihak ECPI juga bersedia membekalkan produk IQ MAQ untuk para pelajar Tahun Enam.
Antara hadiah-hadiah yang disediakan untuk Jaguh Sekolah 2012 ialah :
1. Telefon bimbit
2. Pakej melancong ke Terengganu
3. Wang tunai RM 100.00
4. Kamus Dewan
5. Kamus peribahasa
6. Kamus dwibahasa
7. Radio
8. Jam tangan

Sila klik disini untuk lebih banyak gambar

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP