MESYUARAT AGUNG PIBG 2012

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Parit Penghulu telah mengadakan mesyuarat agungnya pada 23 Februari 2012 (Khamis) yang lalu. Pada tahun ini, PIBG bermesyuarat di Kem Modal Insan, Kampung Parit Penghulu kerana kedudukannya yang sistematik serta mencari idea-idea yang lebih efisen kerana pada tahun ini adanya pemillihan Ahli Jawatankuasa yang baharu.


Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Encik Abdul Halim b. Zainal (Pengurus Perniagaan Wilayah Selatani MBSB) merangkap bapa angkat kepada SKPP. Beliau begitu terharu kerana dapat berjumpa dengan guru-guru dan juga ibu bapa yang begitu ramai pada hari tersebut. Walaupun SKPP mempunyai jumlah pelajar yang hanya sekitar 230 orang tetapi sokongan dan komitmen ibu bapa untuk menjayakan hasrat pendidikan begitu tinggi.
Pada tahun ini juga, PIBG telah mengadakan pemilihan untuk Ahli Jawatankuasa baharu yang akan memegang jawatan pada penggal 2012-2014. Mesyuarat tersebut berlangsung dengan aman dan meriah dengan pelbagai soalan dan usul dikemukakan oleh ibu bapa.

Klik disini untuk lebih banayk gambar

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP