NAIB JOHAN BOLA TAMPAR MSSM MELAKA


Dua orang pelajar SKPP iaitu Safra Khairina bt. Mohd Radzi dan Mohd Solehin b. Abd. Azis telah dipilih untuk mewakili Kawasan Merlimau untuk mara ke Kejohanan Bola Tampar MSSM Peringkat Negeri Melaka. Pertandingan tersebut telah berlangsung di SMK Notre Dame pada 28 Februari 2012 yang lalu.
Pasukan dari Kawasan Merlimau telah berjaya mendapat johan kumpulan setelah menewaskan pasukan dari Kawasan Tanjung, Masjid Tanah dan Ayer Keroh. Namun begitu, pada perlawanan akhir pasukan Merlimau telah tumpas ditangan pasukan Ayer Keroh dengan 1-2 dan sekaligus hanya layak mendapat Naib Johan Negeri Melaka.
Syabas dan tahniah kepada pelajar SKPP yang terlibat.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP