CUTI PERSEKOLAHAN 2010
Cuti persekolahan akhir tahun akan bermula pada 20 November 2010 sehingga 2 Januari 2011. Selamat bercuti kepada semua pelajar SK Parit Penghulu. Jumpa lagi tahun 2011.
Read more...d/a SK PARIT PENGHULU, 77400 SUNGAI RAMBAI, MELAKA. Tel/ Faks : 06-2650159 Email : mba1026@ppdjasin.edu.my
Cuti persekolahan akhir tahun akan bermula pada 20 November 2010 sehingga 2 Januari 2011. Selamat bercuti kepada semua pelajar SK Parit Penghulu. Jumpa lagi tahun 2011.
Read more...Tema Hari Kebangsaan 2010 kali ke-53 ini ialah 1 Malaysia : Menjana Transformasi. Selamat Hari Kebangsaan.
Tanggal 10 Ogos 2010 telah diadakan gotong-royong perdana di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Program tersebut diadakan sempena menyambut ketibaan Ramadhan dan sekaligus membersihkan persekitaran sekolah.
Program tersebut bermula jam 3.30 petang yang dihadiri oleh guru-guru dan para pelajar SKPP.
Ibu bapa juga tidak ketinggalan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong perdana ini. Kesempatan ini juga digunakan untuk memindahkan serba sedikit keperluan pejabat ke bangunan baru yang hampir siap.
Guru besar dan guru-guru mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) untuk guru-guru SK Parit Penghulu telah diadakan pada 7 Ogos 2010 (Sabtu) jam 8.00 pagi bertempat di makmal komputer SKPP. LaDaP kali ke-5 ini adalah melibatkan tajuk penggunaan ICT di kalangan guru-guru SK Parit Penghulu.
Guru-guru didedahkan dengan program aplikasi Powerpoint yang telah disampaikan oleh en. Zulhazmi b. Muiddin. Latihan kali ini juga melibatkan latihan guru-guru untuk membina laman blog yang telah disampaikan oleh en. Mohd Azli b. Muda.
Guru-guru yang hadir memberikan komitmen yang jitu untuk mengaplikasikan ilmu yang telah disampaikan pada hari tersebut.
Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) kali ke-4 telah berjaya dilangsungkan di Koej Komuniti Jasin, Merlimau pada 10 Julai 2010. Program kali ini melibatkan guru-guru membina landskap dengan kaedah-kaedah serta teknik-teknik tertentu.
Program kali ini sangat menjurus kepada kemahiran dan kreativiti guru-guru untuk mencuba ilmu tersebut di rumah mahupun di sekolah. Pihak sekolah amat berharap pengalaman hari ini dapat digunakan untuk menjayakan landskap sekolah pada tahun 2011 nanti.
Terengganu yang terkenal dengan jolokan "Negeri Cantik Budaya Menarik" telah menggamit para guru dan pelajar SK Parit Penghulu untuk berkunjung ke sana. Hasrat itu direalisaikan dengan terlaksananya program lawatan muhibbah para pelajar dan guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ke negeri Terengganu Darul Iman pada 4 Julai 2010 yang lalu.
Peserta rombongan ini melawat beberapa tempat yang menarik di sana antaranya Taman Tamadun Islam, Pasar Kedai Payang, perusahaan keropok lekor, masjid terapung dan sebagainya.
Program 4 hari 3 malam ini banyak memberi input dan manfaat untuk para pelajar dan juga guru-guru SKPP.
Guru-guru SK Parit Penghulu menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP) kali ke-3 untuk tahun 2010. Program kali ini telah diadakan di Ras Batik, Parit Penghulu.
Program yang berlangsung pada 3 Julai 2010 ini menyaksikan guru-guru memaparkan kreativiti dan bakat-bakat mencanting batik. Mereka begitu seronok dan teruja dengan karya-karya yang berjaya dihasilkan dengan hasil titik peluh sendiri.
Hasil kerja yang berjaya disiapkan itu akan ditampal dan dipamerkan dibangunan SK Parit Penghulu yang akan siap menjelang tahun ini.
Sekalung tahniah kepada semua guru SKPP dan terima kasih juga kepada en. Rasli b. Tumin selaku pemilik Ras Batik.
Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu mengadakan Hari Terbuka pada 25 Jun 2010 yang lalu. Program sebegini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dan ibu bapa. selain itu, ibu bapa dan guru-guru dapat berkongsi maklumat tentang persekitaran sekolah serta perkembangan para pelajar.
Pada hari tersebut juga, ibu bapa diberi sedikit taklimat dan laporan terkini anak-anak mereka. Keputusan peperiksaan pertengahan tahun juga dimaklumkan pada hari tersebut.
Ramai ibu bapa yang hadir pada pertemuan kali ini. Semoga program yang dilaksanakan ini dapat membantu meningkatkan motivasi serta hala tuju pembelajaran pelajar SKPP.
Seramai 78 orang pelajar SKPP berjaya mendapatkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) yang bernilai RM200.00 setiap seorang. Majlis penyerahannya diadakan pada 27 Mei 2010 yang lalu bertempat di kantin SKPP.
Rata-rata ibu bapa dan penjaga yang menerima bantuan tersebut melahirkan rasa syukur dan bertuah atas sumbangan yang dihulurkan. Semoga bantuan KWAPM ini memberi sedikit kemudahan dan mengurangkan kesempitan ibu bapa di SK Parit Penghulu untuk membiayai persekolahan anak-anak mereka.
Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu diadakan di padang SKPP pada 17 Mei 2010 (Isnin).
Guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu Stream. Wish, Estima dan Alphard. Suasana yang begitu meriah dapat dirasai oleh semua warga SK Parit Penghulu.
Pelbagai acara diadakan seperti bola jaring, petanque dan acara kemuncaknya tarik tali.
Setelah selesai acara padang, guru-guru dan semua kakitangan menikmati jamuan di pusat sumber SKPP.
Pasukan Alphard telah diumumkan sebagai johan dalam temasya ini. Tahniah kepada pasukan Alphard dan terima kasih juga kepada semua guru yang mengambil bahagian. Tidak lupa juga kepada Kelab Keluarga SKPP yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan pada tahun ini.
SK Parit Penghulu telah menyertai kejohanan bola tampar MSSM negeri Melaka yang telah diadakan pada 10 Mei 2010 di SMK Notre Dame, Melaka. Pasukan SK Parit Penghulu yang disertai oleh 12 orang pemain hanya layak ke pusingan kedua setelah menjuarai peringkat kumpulan. Syabas juga atas kegigihan dan kesungguhan pasukan bola tampar ini.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan :
Peringkat kumpulan
SKPP lwn SK Felda Bukit Senggeh
(30) (14)
SKPP lwn SJKT Jasin
(30) (29)
SKPP lwn SK Batu Berendam
(30) (17)
Pusingan Kedua
SKPP lwn SK Telok Mas
(15) (30)
© Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP