LAWATAN SEMPENA UPSR 2010




Sempena Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 yang berlangsung pada 21 -23 September 2010, para pelajar SK Parit Penghulu telah dibawa melawat ke Zoo Melaka untuk menambah pengetahuan dan pengalaman tersendiri tentang hidupan liar.
Seramai 80 orang pelajar Tahap 1 dan 8 orang guru telah turut serta dalam lawatan pada 21 September manakala 44 orang pelajar tahap 2 dan 4 orang guru pengiring telah merealisasikan program tersebut pada 23 September 2010.
Semua pelajar disediakan sarapan pagi sebelum bertolak ke Zoo Melaka kira-kira jam 8.00 pagi. Setibanya di sana, para pelajar melihat secara dekat hidupan liar dan menyaksikan persembahan yang begitu menarik pada jam 11.00 pagi. Sebelum pulang,para pelajar menjamu selera dan tiba di SKPP kira-kira jam 1.15 tengahari.
Terima kasih kepada semua pelajar dan guru-guru yang terlibat. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP