Lawatan ke Dusun Dato' Murad




Kumpulan pelajar SKPP seramai 40 orang telah berpeluang berkunjung dan mendekati penjara Dusun Dato' Murad pada 8 Julai 2010. Para pelajar yang terpilih dari Tahun 1 hingga Tahun 5 ini bertolak ke Dusun Dato' Murad pada jam 8.00 pagi.
Setibanya di sana, guru pengiring dan para pelajar menaiki trem untuk melihat secara lebih dekat kehidupan banduan-banduan di penjara tersebut. Mereka berpeluang beramah mesra dengan para banduan serta menyelami beberapa pengalaman tentang kehidupan di penjara. Antara tempat-tempat yang dilawati oleh para pelajar seperti kebun sayur-sayuran, ladang ternakan, bengkel batik dan ikan hiasan.
Sesi "Kehidupan Dari Penjara" banyak memberi pengalaman dan pengajaran kepada para pelajar supaya menghargai kehidupan dan menjauhi perbuatan yang tidak diingini. Pihak sekolah berharap program ini memberi suntikan baru kepada para pelajar supaya tidak mengulangi salah laku disiplin pada masa akan datang.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP