PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
Unit Kokurikulum SK Parit Penghulu menganjurkan perkhemahan semua unit beruniform pada 14 dan 15 Oktober 2010 bertempat di Kem Modal Insan, Parit Penghulu. Unit beruniform yang terlibat ialah Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Puteri Islam.
Seramai 125 peserta mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Pelbagai program telah diikuti oleh para pelajar antaranya memancing, mendirikan khemah, mengembara, permainan pancaindera, nyanyian lagu-lagu patriotik dan sebagainya.
Pihak sekolah berharap program ini memberi manfaat dan pengalaman yang berguna kepada para pelajar. Ucapan terima kasih juga kepada semua guru dan fasilitator yang terlibat menjayakan program tersebut dan tidak lupa kepada para penderma yang sudi menghulurkan sumbangan.
0 ulasan:
Catat Ulasan