PEMULANGAN BUKU TEKS
Pihak Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah mula mengumpul semula buku teks yang dipinjam oleh para pelajar SKPP bermula 9 November hingga 13 November 2009. Semua pelajar SK Parit Penghulu mendapat pinjaman buku teks. Pinjaman ini diberikan kepada pelajar selama satu tahun dan digunakan oleh para pelajar untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Dengan adanya pinjaman buku teks ini, para pelajar dapat mengikuti pembelajaran dalam kelas dengan lebih berkesan dan efisien.
Namun begitu, terdapat juga segelintir pelajar yang tidak dapat memanfaatkan sumber percuma ini kerana berlaku kerosakan atau kehilangan buku teks. Harapan pihak sekolah semoga para pelajar dan ibu bapa yang terlibat dapat memberi kerjasama dalam menjaga dan memelihara buku teks yang dibekalkan ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan