HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009







17 NOV - Sebagai menghargai dan memberi perangsang kepada para pelajar SKPP, pihak sekolah telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang pada hari Selasa 17 November yang lalu. Pelbagai anugerah telah disampaikan kepada para pemenang seperti sijil pengawas, kedudukan dalam kelas, pencapaian terbaik matapelajaran dan sebagainya.
Majlis ini bermula jam 8.30 pagi yang disempurnakan oleh En. Hasan b. Abd. Rahman iaitu ADUN Kawasan Sungai Rambai, Melaka. Dalam majlis tersebut juga, YB Hasan telah sudi menyumbangkan RM 1,000.00 untuk menampung sebahagian kos majlis tersebut. Pihak sekolah begitu teruja dengan sumbangan tersebut.
Seorang pelajar SKPP iaitu Nur Arinah bt. Abu Bakar telah dinobatkan sebagai Tokoh NILAM SKPP 2009 kerana sumbangan beliau dalam aktiviti program NILAM. Beliau telah mencapai tahap Nilam dengan jumlah bacaan 403 buah buku. Nur Arinah telah berjaya merangkul Tokoh NILAM yang melayakkannya memenangi sebuah basikal, piala dan sijil.
Seorang lagi pelajar SKPP iaitu Muhd Ikmal Hisyam b. Zakaria telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar 2009. Beliau telah banayk memberi sumbangan kepada pihak sekolah seperti Ketua Pengawas, wakil Kuiz Kesihatan peringkat Negeri Melaka, pengerusi pelbagai kelab dan sebagainya.
Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dan ucapan terima kasih juga kepada semua warga SKPP yang terlibat menjayakan majlis tersebut.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP