PROGRAM NASIONAL PINTAR
19 JUN 2013 - Unit Pembelajaran Bergerak PINTAR (PMLU) merupakan sebuah bas yang diubahsuai untuk digunakan sebagai program pembelajaran bergerak bagi pelajar sekolah PINTAR di semenanjung Malaysia. Program sebegini dapat memupuk kecenderungan pelajar dalam pengkhususan yang diminati oleh mereka.
Bagi tahun 2013, PMLU yang bertemakan "Memupuk Bakat" merangkumi enam segmen iaitu Juruterbang, Atlit, Doktor, Jurutera, Chef dan Fotografi. Program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mencungkil bakat dan potensi yang terdapat dalam diri mereka serta menanam minat untuk terus memperkembangkan bakat yang ada dalam diri masing-masing.
Justeru itu, pihak Pintar Foundation telah mengadakan kunjungan PMLU ke Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu pada 19 Jun 2013 yang lalu. Semua murid diberi pendedahan tentang program tersebut. Mereka sangat teruja dan berpuas hati apabila diberi peluang untuk merasai sendiri segmen yang disediakan dalam bas bergerak itu.
Klik disini untuk lebih banyak gambar
0 ulasan:
Catat Ulasan