PROGRAM KECEMERLANGAN ROHANI DAN PEMANTAPAN SAHSIAH

20 JULAI 2013 - Seramai 80 orang pelajar telah menghadiri Program Kecemerlangan Rohani dan Pemantapan Sahsiah Menuju Kecemerlangan UPSR 2013 yang telah diadakan pada 19 dan 20 Julai 2013 yang lalu. Program yang dikelolakan oleh Unit Kecemerlangan, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Guru-guru Praktikum Program Internship serta Panitia Pendidikan Islam ini berlangsung di Kem Modal Insan, Parit Penghulu.
Matlamat program ini diadakan adalah untuk membantu murid-murid meningkatkan motivasi dirinya sendiri melalui panduan-panduan yang diberikan serta membantu murid-murid membentuk jiwa yang sempurna dan cemerlang.


Pelbagai acara dimuatkan dalam program tersebut antaranya majlis berbuka puasa, solat terawih berjemaah, Qiamullai serta motivasi kecemerlangan UPSR. Ibu bapa dan murid-murid yang hadir memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program tersebut.
Pihak SKPP mengucapkan jutaan terima kasih kepada teraju utama dalam menjayakan program tersebut iaitu Malaysian Building Society Berhad (MBSB) yang telah memberikan sumbangan. Program ini juga merupakan "Program Sekolah Over The Top MBSB" yang menjadi simbol kerjasama MBSB dengan pihak sekolah.

Klik di sini untuk lebih banyak gambar.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP