PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN DIRI DAN KEIBUBAPAAN
2 FEBRUARI 2013 - Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Kecemerlangan SKPP mengadakan satu program motivasi pada 2 Februari 2013 (Sabtu) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program pada kali ini dimulai dengan slot penerangan oleh guru besar SKPP serta dialog bersama ibu bapa. Pada masa yang sama juga, para pelajar didedahkan dengan tajuk "Kecemerlangan Diri dan Pengurusan Masa" pada slot yang pertama.
Selepas rehat, ibu bapa dan para pelajar didedahkan pula dengan pengisian bertajuk " Sentuhan Qalbu" yang telah disampaikan oleh Ustaz Baharudin b. Abd. Latip.
Program motivasi ini diperkenalkan bagi mencapai beberapa objektif utama:
- Membentuk semula sikap anak-anak anda agar berusaha gigih demi masa depan mereka.
- Memberikan kesedaran tentang pentingnya berubah dan bertindak sekarang demi masa depan yang cemerlang.
- Merangsang kemahuan yang tinggi dan berkobar-kobar untuk mereka berjaya dalam pelajaran.
- Menjana minda agar bermatlamat dan berfikiran terbuka.
- Melazim minda agar selesa untuk menerima perubahan diri yang baru.
- Menyuntik semangat, keberanian dan keyakinan diri.
- Membuatkan mereka memikir dan menilai semula betapa besarnya pengorbanan ibu bapa.
- Mengasah kemahiran belajar.
- Mengajar strategi belajar.
- Menjadikan mereka anak yang taat pada suruhan Allah s.w.t.
- Memartabatkan maruah bangsa dan agama.
0 ulasan:
Catat Ulasan