PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2013
21 JANUARI 2013 - Sebanyak 4.98 juta murid pelajar sekolah di
seluruh negara menerima Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang. Bantuan kali kedua di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu memperuntukkan dana sebanyak
RM540 juta bertujuan membantu perbelanjaan persekolahan pada awal tahun. Berteraskan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan, bantuan itu mendapat reaksi positif daripada golongan ibu
bapa yang menyifatkannya sebagai cerminan keprihatinan kerajaan terhadap
nasib rakyat.
Pihak SKPP juga telah melaksanakan tanggungjawab tersebut apabila berjaya mengadakan majlis penyerahan bantuan awal persekolahan pada 21 Januari yang lalu. Majlis yang diadakan pada jam 11.00 pagi itu telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Hassan b. Rahman (ADUN Sungai Rambai). Seramai 214 orang murid SK Parit Penghulu mendapat bantuan tersebut.
Klik disini untuk lebih banyak gambar.
0 ulasan:
Catat Ulasan