MERENTAS DESA 2013

18 FEB - Unit Kokurikulum SKPP menganjurkan acara merentas desa pada 18 Februari 2013 bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Semua murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan murid PPKI mengambil bahagian dalam acara tersebut.



Program tahunan ini dilaksanakan untuk mencungkil bakat serta kebolehan murid dalam acara sukan dan larian. Selain itu, program merentas desa ini dapat memupuk budaya sihat dalam kalangan murid-murid serta guru-guru.
Para peserta dilepaskan oleh Pn. Hjh. Seniah bt. Jantan iaitu Guru Penolong Kanan 1 SKPP tepat jam 3.00 petang. Mereka melalui kawasan sekitar Kampung Parit Penghulu yang melangkaui jarak kira-kira 7 kilometer.
Walaupun cuaca sedikit mendung dan hujan renyai-renyai, para peserta tetap meneruskan larian dan ini membuktikan semangat yang tinggi ditunjukkan oleh para pelajar.
Tahniah kepada yang berjaya dan peserta yang tidak berjaya boleh mencuba lagi pada tahun hadapan.

Kil disini untuk keputusan penuh acara merentas desa

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

PELANCARAN NILAM

18 FEB - Pusat Sumber SKPP telah mengadakan majlis pelancaran program NILAM pada 18 Februari 2013 yang lalu bertempat di tapak perhimpunan SKPP.



Semua murid disarankan membaca pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, akhbar, e-book dan sebagainya untuk dicatatkan dalam buku NILAM. Program NILAM yang membawa maksud Nadi Ilmu Amalan Membaca ini dilaksanakan bersama-sama dengan Program Pinjaman Buku Terbanyak Bulanan. Pada tahun ini, pusat sumber sekolah menawarkan hadiah sebuah basikal kepada Tokoh NILAM yang berjaya mencatat bahan bacaan melebihi 360 buah buku.
Majlis ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Pn. Hamimah bt. Sa'ari iaitu Guru Besar SK Parit Penghulu. Semoga pelancaran NILAM ini menjadi satu pemangkin kepada murid-murid untuk meneruskan catatan bahan bacaan mereka dalam buku NILAM.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN DIRI DAN KEIBUBAPAAN

2 FEBRUARI 2013 - Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Unit Kecemerlangan SKPP mengadakan satu program motivasi pada 2 Februari 2013 (Sabtu) jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program pada kali ini dimulai dengan slot penerangan oleh guru besar SKPP serta dialog bersama ibu bapa. Pada masa yang sama juga, para pelajar didedahkan dengan tajuk "Kecemerlangan Diri dan Pengurusan Masa" pada slot yang pertama.
Selepas rehat, ibu bapa dan para pelajar didedahkan pula dengan pengisian bertajuk " Sentuhan Qalbu" yang telah disampaikan oleh Ustaz Baharudin b. Abd. Latip.



Program motivasi ini diperkenalkan bagi mencapai beberapa objektif utama:
  • Membentuk semula sikap anak-anak anda agar berusaha gigih demi masa depan mereka.
  • Memberikan kesedaran tentang pentingnya berubah dan bertindak sekarang demi masa depan yang cemerlang.
  • Merangsang kemahuan yang tinggi dan berkobar-kobar untuk mereka berjaya dalam pelajaran.
  • Menjana minda agar bermatlamat dan berfikiran terbuka.
  • Melazim minda agar selesa untuk menerima perubahan diri yang baru.
  • Menyuntik semangat, keberanian dan keyakinan diri.
  • Membuatkan mereka memikir dan menilai semula betapa besarnya pengorbanan ibu bapa.
  • Mengasah kemahiran belajar.
  • Mengajar strategi belajar.
  • Menjadikan mereka anak yang taat pada suruhan Allah s.w.t.
  • Memartabatkan maruah bangsa dan agama.
klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2013

21 JANUARI 2013 - Sebanyak 4.98 juta murid pelajar sekolah di seluruh negara menerima Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang. Bantuan kali kedua di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu memperuntukkan dana sebanyak RM540 juta bertujuan membantu perbelanjaan persekolahan pada awal tahun. Berteraskan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, bantuan itu mendapat reaksi positif daripada golongan ibu bapa yang menyifatkannya sebagai cerminan keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat.



Pihak SKPP juga telah melaksanakan tanggungjawab tersebut apabila berjaya mengadakan majlis penyerahan bantuan awal persekolahan pada 21 Januari yang lalu. Majlis yang diadakan pada jam 11.00 pagi itu telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Hassan b. Rahman (ADUN Sungai Rambai). Seramai 214 orang murid SK Parit Penghulu mendapat bantuan tersebut.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

LaDaP 1 2013

19 Jan 2013 - Unit Latihan Dalam Perkhidmatan SKPP telah mengadakan satu kursus dalam perkhidmatan yang bertajuk "Kenegaraan" pada hari Sabtu 19 Januari 2013 yang lalu. Program tersebut dianjurkan secara bersama-sama antara SK Parit Penghulu dan SK Parit Gantong, Sungai Rambai. Lokasi LaDaP pada hari tersebut ialah di Pusat Kebiatan Masyarakat (KEMAS) Serkam.



Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Ahmad b. Hamzah (Ahli Parlimen Jasin). Terdapat dua slot yang telah berjaya menjadi pencerah minda kepada semua guru yang hadir pada hari tersebut. Slot yang pertama disampaikan oleh Ybhg En. Nor Saiful Irwan Shah b. Alias iaitu Penolong Pengarah Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri Negeri Melaka. Slot yang kedua pula diisi dengan tajuk "Budaya Kerja Cemerlang".
Objektif kursus pada kali ini ialah untuk menerapkan nilai patriotisme dalam diri penjawat awam dan memberi pengertian serta kefahaman tentang kenegaraan.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

Read more...

PELANTIKAN PENGAWAS DAN BANTUAN PELAJAR MISKIN

21 JAN 2013 - Para pengawas Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu untuk sesi 2013 telah dlantik secara rasmi pada 21 Januari 2013 yang lalu bertempat di dewan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Para pengawas ini terdiri daripada 30 orang pengawas sekolah, 30 orang pengawas perpustakaan, 8 orang pengawas SPBT serta ketua-ketua kelas dan penolong-penolong ketua kelas. Mereka telah diberi tanggungjawab oleh Unit Disiplin SKPP untuk membentuk kepimpinan berkaliber dalam kalangan pelajar serta membantu melancarkan perjalanan disiplin sekolah.



Pada hari tersebut juga diadakan majlis penyampaian bantuan pelajar miskin untuk sesi persekolahan 2013. Seramai 20 orang pelajar yang terpilih menerima bantuan persekolahan seperti beg sekolah dan peralatan-peralatan yang berkaitan. Sumbangan tersebut di salurkan oleh pihak MBSB yang juga merupakan bapa angkat kepada SKPP. En. Nasir b. Marob mewakili pihak MBSB telah sudi menyampaikan bantuan tersebut serta merasmikan majlis pelantikan pengawas.
Pihak SKPP mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MBSB.

Klik di sini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

LAWATAN KE TERENGGANU

27 Sept - Seramai 37 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring telah mengikuti rombongan sambil belajar ke negeri Terengganu Darul Iman. Program tersebut berlangsung pada 25 September - 27 September 2012 yang lalu. Pelbagai pengalaman menarik dan menghiburkan telah dilalui oleh para peserta rombongan tersebut.
Lokasi pertama yang dilawati oleh peserta rombongan ialah Dewan Undangan Negeri Terengganu. Pegawai yang bertugas pada hari tersebut memberikan pelbagai maklumat berkaitan perjalanan aktiviti yang terdapat di dewan Undangan Negeri tersebut.



Selepas itu, para pelajar menimba ilmu di Muzium Negeri Terengganu yang terletak di Kampung Losong. Hampir satu jam mereka berada di muzium tersebut.
Sesungguhnya pelbagai ilmu yang boleh ditimba oleh pelajar-pelajar dan guru-guru sempena lawatan tersebut.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP