PELANCARAN NILAM 2011







Majlis pelancaran Program NILAM peringkat Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah diadakan pada 31 Januari 2011 yang lalu. Majlis yang sepatutnya dilangsungkan di tapak perhimpunan SKPP terpaksa dipindahkan ke lokasi berlainan kerana cuaca hujan pada hari tersebut.
Walaupun begitu, majlis tersebut berlangsung dengan meriah dengan disaksikan kira-kira 251 orang pelajar dan 30 orang guru. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh en. Kamaruddin b. Md. Diah iaitu seorang pengusaha Pasaraya Dinar Emas di Sungai Rambai. Ketibaan beliau diiringi dengan paluan kompang oleh beberapa orang pelajar SKPP. En. Kamaruddin menyampaikan kata-kata semangat serta nasihat yang berguna kepada para pelajar terutamanya kepentingan membaca.
Pihak sekolah khususnya unit Pusat Sumber berasa begitu terharu kerana beliau sudi menyalurkan sumbangan sebuah basikal sebagai rangsangan dan dorongan untuk menjayakan program NILAM SKPP 2011 ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada beliau.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP