PERTANDINGAN TEKA MUKA SURAT BUKU

Pusat Sumber SK Parit Penghulu telah menganjurkan Pertandingan Teka Muka Surat Buku sepanjang bulan Mac yang lalu. Sebanyak 973 penyertaan telah diterima dan murid-murid begitu bersemangat untuk meneka jumlah muka surat buku yang sebenar serta ingin meraih hadiah terbaik iaitu sebuah kereta kawalan jauh.
Guru-guru juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut kerana pelbagai hadiah juga disediakan untuk kategori guru.
Pada 13 April yang lalu, keputusan pertandingan tersebut telah diumumkan dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Haji Rosli b. Abu Bakar selaku guru besar SK Parit penghulu.
Farah Eleena telah dinobatkan sebagai johan pertandingan tersebut dengan tekaan muka surat yang tepat bagi buku yang bertajuk "DETIK TENGAH MALAM" dan layak membawa pulang sebuah kereta kawalan jauh manakala Ustaz Mohd Nizam dinobatkan sebagai johan kategori guru bagi buku yang bertajuk "THE BODY'S DISORDERS".
Sekalung tahniah kepada yang berjaya dan terima kasih juga kepada semua yang menyertai pertandingan tersebut.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP