PELANCARAN PROGRAM JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-9
22 MAC - Program Jaguh Sekolah pada tahun ini telah memasuki musim yang ke-9. Tn. Hj. A. Ghani telah sudi bertandang ke Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu untuk merasmikan pelancaran program tersebut. Beliau yang merupakan Pengerusi SKYCOP Lite telah menyuntik semangat murid-murid untuk mencabar diri sendiri dalam acara-acara yang akan berlangsung pada tahun ini. Selain itu, pihak SKYCOP juga akan berusaha membantu pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti tersebut. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn. Hj. A. Ghani dan SKYCOP.
Klik di sini untuk lebih banyak gambar
MATLAMAT PROGRAM JAGUH SEKOLAH
•
Mencabar
minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah
ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan.
•
Turut
menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta; semangat berpasukan serta
kerjasama dalam kumpulan.
•
Menggalakkan
penglibatan ibu bapa dan agensi luar dalam meneroka pembelajaran
OBJEKTIF PROGRAM JAGUH SEKOLAH
–
Memberi
pendedahan dan kemahiran murid-murid dalam pencarian maklumat di Pusat Sumber
Sekolah
–
Mendekatkan
murid- murid dengan perpustakaan serta menjadikan kunjungan ke perpustakaan
satu amalan pembelajaran sepanjang hayat.
–
Menyedarkan
murid-murid tentang kepentingan perpustakaan dalam proses pembelajaran.
–
Merangsang
rasa ingin tahu bagi mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu.
0 ulasan:
Catat Ulasan