MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2016

25 JAN - Program yang dianjurkan dengan harapan semua pengawas yang dilantik dapat membentuk jati diri yang lebih baik jika diberi peluang dan ruang untuk bekerjasama dalam pasukan dengan bimbingan guru dan sokongan rakan-rakan.
Program yang dirasmikan oleh SM Kamarizman bin Khanafee iaitu  Ketua Balai, Balai Polis Sungai Rambai telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Januari 2016. Antara objektif pelaksanaan program tersebut ialah :

1. Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Siaraya, Pengawas SPBT, Pengawas ICT, Ketua dan Penolong Ketua Kelas supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh tanggungjawab.

2. Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk mejalankan tugas dengan baik.

3. Menggalakkan murid-murid lain agar dapat mencontohi rakan-rakan yang terpilih.

4. Memperkenal barisan pengawas sekolah kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.

Selain itu, program pada hari tersebut juga digabungkan dengan Program Guru Penyayang yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Selamat bertugas kepada semua pengawas, ketua dan penolong ketua kelas.



Klik di sini untuk lebih banyak gambar

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP