SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2015

28 OGOS - Program ambang merdeka diadakan untuk memupuk semangat cinta akan tanah air dan mengenang pemimpin terdahulu dalam usaha untuk membebaskan Malaysia daripada penajajah.
Justeru, pada tahun ini pihak sekolah sekali lagi mengadakan aktiviti ambang merdeka pada 28 Ogos bertempat di dataran perhimpunan SK Parit Penghulu.
Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Hj. Md. Rawi bin Mahmud iaitu Timbalan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi. Dalam majlis tersebut juga diadakan majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi pelbagai program yang telah diatur semasa bulan kemerdekaan. Antara program tersebut ialah pertandingan mewarna, pertandingan sketsa, Basikal berhiag, kain rentang patriotik dan kelas patriotik.



Majlis diakhiri dengan acara pelapasan konvoi merdeka yang disertai oleh penunggang motorsikal berkuasa tinggi daripada Merlimau Bikers.


0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP