BICARA BERSAMA PENULIS BUKU DAN PELANCARAN NILAM 2015

6 FEB- Program NILAM peringkat Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah dilancarkan dengan jayanya  pada 6 Februari 2015  bertempat di dewan Sek. Keb. Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka . Majlis pelancaran NILAM 2015 ini bermula pada pukul 10.45 pagi dan berakhir pada pukul 12.10 tengahari yang melibatkan seramai 29 orang guru dan 223 orang murid  Sek. Keb. Parit Penghulu.  Majlis ini  dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya diiringi dengan nyanyian tiga rangkaian lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Melaka Maju Jaya dan Lagu SK Parit Penghulu.  Majlis ini diteruskan lagi dengan ucapan oleh Ketua penyelaras pusat sumber SK Parit Penghulu. Beliau telah memperkenalkan konsep NILAM dan menyarankan agar semua murid SK Parit Penghulu menyemai sikap minat membaca secara berterusan bagi mencapai kecemerlangan.



Majlis pelancaran Program Nilam ini diserikan lagi dengan nyanyian lagu tema “Budaya Membaca”dan kemuncak bagi majlis pelancaran Program NILAM ini ialah ucapan perasmian dan gimik pelancaran NILAM 2015 yang telah disempurnakan oleh En. Azanil Fitri iaitu pelukis komik daripada penerbitan PTS. Beliau mengucapkan tahniah kepada Ketua penyelaras pusat sumber Sekolah kerana berjaya mengadakan Majlis Pelancaran NILAM 2015 dan mengharapkan agar semua murid mengamalkan budaya membaca kerana program NILAM ini merupakan salah satu cara untuk memupuk budaya membaca secara berterusan di kalangan murid agar menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Beliau juga tidak ketinggalan untuk menghulurkan sumbangan berupa 20 buah buku bagi melancarkan perjalanan program tersebut sepanjang tahun 2015. Pihak SKPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Azanil Fitri.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP