PROGRAM 1MURID 1SUKAN
12 SEPTEMBER - Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S)
mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan
di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap
murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan
sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan
Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah
dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk
Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.
1. Permainan Tenis mini
2. Permainan Softball mini
3. Mini Soccer
4. Aktiviti SEGAK
5. Makanan seimbang
0 ulasan:
Catat Ulasan