PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-57

16 JULAI - Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dengan kerjasama guru-guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Tun Hussein Onn (IPTHO) telah mengatur satu program sempena bulan kemerdekaan. Program pelancaran bulan kemerdekaan ini telah dilaksanakan pada 16 Julai (Rabu) bertempat di dataran perhimpunan SK Parit Penghulu. Pn. Hjh. Seniah bt. Jantan (Guru Penolong Kanan 1) telah meluangkan masa untuk merasmikan majlis pelancaran tersebut yang bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 8.10 pagi. Pada pelancaran kali ini, murid-murid dan guru-guru bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti "Warisan", "Tanggal 31 Ogos" dan "Jalur Gemilang".

Antara objektif program tersebut ialah :
- menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanah air, berdisiplin dan bekerjasama serta mempunyai           semangat patriotik dan cintakan negara
- menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan
- mewujudkan masyarakat berilmu dalam kalangan warga sekolah
- menanam semangat cintakan negara



Tema hari Kemerdekaan Malaysia 2014 kali ke 57 ialah “Malaysia, Disini Lahirnya Sebuah Cinta”. Tema itu dipetik daripada lirik lagu “Warisan” yang pernah dipopularkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Maksud tema itu juga akan memberikan kesan mendalam dan lahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat Malaysia.

Klik disini untuk lebih banyak gambar

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP