LAWATAN MUHIBBAH DARI WONG KAM FAI, HONG KONG

10 APRIL - SK Parit Penghulu begitu bertuah kerana mendapat kunjungan para pelajar dari luar negara. Pada tahun ini, seramai 37 orang pelajar dari Wong Kam Fai Primary School, Hong Kong telah mengadakan lawatan muhibbah ke SK Parit Penghulu. Mereka yang datang bersama-sama 6 orang guru pengiring telah diberi pendedahan dan peluang untuk mencuba beberapa permainan tradisional masyarakat Malaysia.



Antara permainan tradisional yang dicuba oleh para pelajar Wong Kam Fai ini ialah ketingting, baling tin, batu seremban, galah panjang, congkak, capteh dan gasing. Mereka begitu seronok dapat mencuba permainan tradisional ini yang sudah tentunya tidak ada di Hong Kong.
Program yang berakhir sekitar jam 11.00 pagi ini di sajikan dengan beberapa persembahan lagu tradisional masyarakat Melayu seperti lagu 'Can Mali Can' dan beberapa lagu rakyat yang lain. Peserta rombongan dari Hong Kong ini juga tidak ketinggalan menyajikan satu persembahan tradisional mereka yang sungguh memukau perhatian para pelajar SKPP.
Rata-rata pelajar yang ditemui berasa begitu bertuah dan seronok kerana dapat berkenalan dan berinteraksi dengan tetamu dari Wong Kam Fai School ini.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP