PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM 2013

6 OKT 2013 - Unit Kokurikulum SK Parit Penghulu telah mengadakan satu program yang dinamakan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform pada 4 hingga 6 Oktober yang lalu bertempat di sekitar SK Parit Penghulu.



Seramai 69 orang murid yang terdiri daripada pelajar Tahun 4, tahun 5 dan Tahun 6 yang menyertai program tersebut. Para peserta ini begitu seronok dapat berkumpul bersama-sama rakan-rakannya terutama pada waktu malam yang disini dengan pelbagai program yang menarik.
Beberapa jenis aktiviti telah disusun khas untuk program tersebut. Antaranya ialah aktiviti memasang khemah, ikatan dan simpulan, teknik pertolongan cemas, masakan rimba, kawad kaki, malam kebudayaan dan sebagainya.
Pengalaman sebegini amat berguna kepada para pelajar. Kerjasama semua guru dan pihak yang terlibat amat dihargai.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

LAWATAN KE KILANG PROTON DAN CAMERON HIGHLANDS

Unit Media dan Unit Disiplin SK Parit Penghulu menganjurkan lawatan ilmiah ke beberapa lokasi menarik pada tahun ini. Seramai 39 orang murid dan 4 orang guru mengikuti aktiviti tersebut yang berlangsung pada 24 dan 25 September 2013 yang lalu.
Lokasi pertama yang dilawati oleh para peserta rombongan ialah Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara. Setelah hampir satu jam berada di sana, murid-murid dan guru-guru pergi melawat kilang PROTON yang terletak di Proton City, Tanjong Malim. Mereka diberi pendedahan tentang teknologi pembuatan kereta nasional yang menjadi kebanggaan negara. Memang teruja dapat berkongsi ilmu pengetahuan tentang bidang automotif ini. Banyak maklumat yang diperoleh semasa berkunjung ke sana.


Aktiviti seterusnya ialah menikmati panorama dan keindahan Cameron Highlands. Peserta rombongan begitu seronok berada di Cameron Highlands kerana cuacanya yang dingin dan menyegarkan. Mereka berpeluang melawati tempat-tempat yang menarik seperti Ladang Teh Boh, ladang lebah, Kea Farm, MARDI dan sebagainya.
Sebelum pulang, mereka sempat singgah di air terjun lata Iskandar yang begitu sejuk airnya. Semua peserta rombongan selamat tiba di SK Parit Penghulu pada jam 12.00 malam.

Klik disini untuk lebih banyak gambar.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP