PELANCARAN JAGUH SEKOLAH MUSIM KE-4


Pusat Sumber SKPP sekali lagi menganjurkan Pertandingan Jaguh Sekolah . Program yang telah bermula pada 2008 ini telah memasuki tahun yang keempat penganjurannya. Pihak PSS mengambil inisiatif untuk menggabungkan semua aktiviti panitia matapelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Matematik, Kajian Tempatan dan sebagainya. Semua aktiviti ini digabungkan mengikut minggu agar terdapat kesepaduan dan dapat melahirkan seorang pelajar yang betul-betul berkualiti dalam semua aspek.

Pelajar yang mengumpul markah tertinggi akan dinobatkan sebagai Jaguh Sekolah dan layak membawa pulang pelbagai hadiah yang menarik. Pada tahun 2011, hadiah yang ditawarkan untuk johan keseluruhan ialah Sijil Simpanan Premium bernilai RM150, set MP3, pakej lawatan ke Kuala Lumpur, Piala dan sijil. Terdapat banyak lagi hadiah yang menanti pelajar yang berjaya.


Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh en. Sazali b. Senin iaitu Pengurus Zali Garden Sdn. Bhd. yang terletak di Sungai Rambai. Beliau telah sudi melancarkan majlis tersebut pada 4 April 2011 bertempat di dataran perhimpunan SKPP. pada kesempatan itu juga, beliau telah menghulurkan sumbangan untuk melancarkan dan memeriahkan program tersebut. Program ini berlangsung dari 4 April 2011 hingga 25 Julai 2011.


Pihak SKPP dan PSS khasnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada en. Sazali kerana memberi sokongan dan sumbangan kepada SKPP.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP