MAJLIS PERSARAAN GPK KOKURIKULUM SKPP







Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SK Parit Penghulu iaitu Cik How Yock Hong telah bersara wajib dari perkhidmatan pendidikan bermula 12 Januari 2011. Satu majlis gilang-gemilang telah diadakan pada 10 dan 11 Januari 2011 untuk meraikan persaraan beliau. Majlis tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu yang dihadiri oleh wakil PPD Jasin, GPK Ko-kurikulum DUN Sungai Rambai, guru-guru dan para pelajar SK Parit Penghulu.

Beliau juga diraikan dalam satu majlis khas yang diadakan di Ancasa Hotel MITC Melaka yang turut disertai oleh bekas-bekas guru SKPP iaitu en. Zulhazmi, Pn. Salasiah dan Pn. Syafinaz.

Cik How Yock Hong dilahirkan pada 12 Januari 1955 di Sungai Rambai, Melaka. Mendapat pendidikan awal di Merlimau English School yang kini dikenali sebagai SK Merlimau 1. Kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SM Convent Sacred Heart, Melaka.

Pada tahun 1975, beliau melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Cik How Yock Hong mula mengajar di SM Tengku Bariah, Kuala Terengganu pada 1977. pada tahun 1982, beliau berkhidmat di SM Sungai Rambai sehinggalah ditawarkan jawatan GPK Ko-kurikulum di SK Batu Gajah pada tahun 2002.

Mula berkhidmat di SK Parit Penghulu pada 2004 sehinggalah tamat perkhidmatannya. Warga SKPP mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan beliau selama ini dalam bidang pendidikan. elamat maju jaya.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP