HARI GURU 2010



Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu diadakan di padang SKPP pada 17 Mei 2010 (Isnin).
Guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu Stream. Wish, Estima dan Alphard. Suasana yang begitu meriah dapat dirasai oleh semua warga SK Parit Penghulu.
Pelbagai acara diadakan seperti bola jaring, petanque dan acara kemuncaknya tarik tali.
Setelah selesai acara padang, guru-guru dan semua kakitangan menikmati jamuan di pusat sumber SKPP.
Pasukan Alphard telah diumumkan sebagai johan dalam temasya ini. Tahniah kepada pasukan Alphard dan terima kasih juga kepada semua guru yang mengambil bahagian. Tidak lupa juga kepada Kelab Keluarga SKPP yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan pada tahun ini.

Read more...

BOLA TAMPAR MSSM MELAKA
















SK Parit Penghulu telah menyertai kejohanan bola tampar MSSM negeri Melaka yang telah diadakan pada 10 Mei 2010 di SMK Notre Dame, Melaka. Pasukan SK Parit Penghulu yang disertai oleh 12 orang pemain hanya layak ke pusingan kedua setelah menjuarai peringkat kumpulan. Syabas juga atas kegigihan dan kesungguhan pasukan bola tampar ini.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan :

Peringkat kumpulan
SKPP lwn SK Felda Bukit Senggeh
(30) (14)

SKPP lwn SJKT Jasin
(30) (29)

SKPP lwn SK Batu Berendam
(30) (17)

Pusingan Kedua
SKPP lwn SK Telok Mas
(15) (30)

Read more...

JOHAN RAGBI NEGERI MELAKA





Pertandingan ragbi lelaki bawah 12 tahun telah diadakan di SMK Dang Anum, Merlimau, Melaka pada 7 Mei 2010. Pertandingan yang diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang ini telah menobatkan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu (SKPP) sebagai johan negeri Melaka untuk ragbi 12 tahun.
Pasukan yang dibimbing oleh en. Abd. Latif dan en. Buhairy ini telah menjalani latihan pada setiap Selasa dan Rabu bermula Januari yang lalu. Berkat usaha dan kegigihan para pelajar serta guru-guru, pasukan ragbi SK Parit Penghulu berjaya menumpaskan beberapa pasukan pilihan dalam kejohanan tersebut.
Kejayaan ini amat bermakna kepada semua warga SKPP kerana inilah kali pertama menjuarai kejohanan ragbi peringkat negeri Melaka. Perlawanan akhir menyaksikan SKPP menewaskan SK Sebatu dengan jaringan 10-7. Kemenangan tersebut juga menyaksikan 4 orang murid SKPP telah ditawarkan untuk sesi pemilihan pemain peringkat kebangsaan di Kolej Yayasan Saad pada 13 Mei 2010.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP