JOHAN RAGBI NEGERI MELAKA





Pertandingan ragbi lelaki bawah 12 tahun telah diadakan di SMK Dang Anum, Merlimau, Melaka pada 7 Mei 2010. Pertandingan yang diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang ini telah menobatkan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu (SKPP) sebagai johan negeri Melaka untuk ragbi 12 tahun.
Pasukan yang dibimbing oleh en. Abd. Latif dan en. Buhairy ini telah menjalani latihan pada setiap Selasa dan Rabu bermula Januari yang lalu. Berkat usaha dan kegigihan para pelajar serta guru-guru, pasukan ragbi SK Parit Penghulu berjaya menumpaskan beberapa pasukan pilihan dalam kejohanan tersebut.
Kejayaan ini amat bermakna kepada semua warga SKPP kerana inilah kali pertama menjuarai kejohanan ragbi peringkat negeri Melaka. Perlawanan akhir menyaksikan SKPP menewaskan SK Sebatu dengan jaringan 10-7. Kemenangan tersebut juga menyaksikan 4 orang murid SKPP telah ditawarkan untuk sesi pemilihan pemain peringkat kebangsaan di Kolej Yayasan Saad pada 13 Mei 2010.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP