RUMAH HIJAU JOHAN OLAHRAGA SKPP







Kejohanan Olahraga SKPP yang telah diadakan pada 4 Februari yang lalu berlangsung dengan begitu meriah dengan pelbagai acara yang diadakan seperti 100 meter, 200 meter, 4X100 meter, 4X200 meter serta sukaneka. Kejohanan yang dilangsungkan di padang SK Parit Penghulu ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ahli Dengan Undangan Negeri Sungai Rambai iaitu YB En. Hasan b. Abd. Rahman.
Dalam temasya tersebut, Rumah Hijau telah berjaya menggondol 11 emas, 8 perak dan 3 gangsa dan seterusnya dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Tempat kedua dimenangi oleh rumah biru, rumah merah ketiga dan tempat keempat ialah rumah kuning. Manakala hiasan khemah tercantik dimenangi oleh rumah merah dan rumah biru pula mendapat johan kategori perbarisan terbaik.
SKPP juga begitu beruntung kerana YB En. Hasan sudi menyumbangkan RM1300.00 bagi menampung keperluan temasya tersebut. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa dan menghulurkan sumbangan tersebut.
Ibu bapa juga tidak ketinggalan untuk menyerikan kejohanan olahraga ini. Kehadiran mereka menunjukkan komitmen yang tinggi untuk kejayaan para pelajar SKPP.

Read more...

5 EFISIEN TERBAIK DISIPLIN FEBRUARI


Purata 0.22 atau 22.2% rekod disiplin telah melayakkan Tahun 5 Efisien dianugerahkan kelas yang paling berdisiplin bulan Februari. Program yang dianjurkan oleh unit disiplin ini adalah untuk mengawal disiplin serta tingkah laku pelajar SKPP agar menjadi pelajar yang berdedikasi serta mempunyai daya tahan yang tinggi. Setiap kelas dibekalkan dengan buku rekod disiplin yang akan diisi oleh semua guru yang mengajar kelas tersebut.
Tahun 3 Cerdas pula merekodkan disiplin yang kurang memuaskan dengan purata 1.05, justeru itu mereka telah diberi teguran agar meningkatkan tingkahlaku mereka.





Read more...

PINJAMAN TERBANYAK FEBRUARI




Pusat Sumber SKPP menganjurkan Program Pinjaman Buku Terbanyak Bulanan yang telah bermula pada 1 Februari yang lalu. Setelah diambil kira jumlah pinjaman mengiku kelas, Tahun 3 Cemerlang telah dinobatkan sebagai johan pinjaman untuk Tahap 1 dengan jumlah pinjaman sebanyak 27 buah buku manakala Tahun 6 Fathonah pula dinobatkan sebagai johan Tahap 2 dengan jumlah pinjaman sebanyak 130 buah buku.
Kedua-dua kelas ini menunjukkan komitmen yang tinggi untuk meminjam serta mengulangkaji pelajaran bagi menambah ilmu pengetahuan mereka. Justeru itu, mereka layak mendapat piala pusingan serta hadiah iringan.
Selain itu, PSS SKPP juga tidak lupa untuk memberikan hadiah kepada peminjaman terbanyak bulan Februari iaitu Roza Norzaqiah bt. Zamani dari kelas 3 Cemerlang dengan jumlah pinjaman sebanyak 10 buku dan Siti Aisyah bt. A. Razet dengan jumlah pinjaman 80 buah buku.
Tahniah kepada yang berjaya dan semoga menjadi perangsang kepada para pelajar yang lain.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP