RUMAH HIJAU JOHAN OLAHRAGA SKPP







Kejohanan Olahraga SKPP yang telah diadakan pada 4 Februari yang lalu berlangsung dengan begitu meriah dengan pelbagai acara yang diadakan seperti 100 meter, 200 meter, 4X100 meter, 4X200 meter serta sukaneka. Kejohanan yang dilangsungkan di padang SK Parit Penghulu ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ahli Dengan Undangan Negeri Sungai Rambai iaitu YB En. Hasan b. Abd. Rahman.
Dalam temasya tersebut, Rumah Hijau telah berjaya menggondol 11 emas, 8 perak dan 3 gangsa dan seterusnya dinobatkan sebagai johan keseluruhan. Tempat kedua dimenangi oleh rumah biru, rumah merah ketiga dan tempat keempat ialah rumah kuning. Manakala hiasan khemah tercantik dimenangi oleh rumah merah dan rumah biru pula mendapat johan kategori perbarisan terbaik.
SKPP juga begitu beruntung kerana YB En. Hasan sudi menyumbangkan RM1300.00 bagi menampung keperluan temasya tersebut. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi meluangkan masa dan menghulurkan sumbangan tersebut.
Ibu bapa juga tidak ketinggalan untuk menyerikan kejohanan olahraga ini. Kehadiran mereka menunjukkan komitmen yang tinggi untuk kejayaan para pelajar SKPP.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP