PELANTIKAN PENGAWAS 2010




Para pengawas di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu iaitu pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, pengawas SPBT, ketua kelas dan penolong ketua kelas telah dilantik secara rasminya pada 18 Januari 2010 yang lalu.
Majlis ini diadakan serentak dengan perhimpunan mingguan sekolah dan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Parit Penghulu iaitu Hjh. Norhayati bt. Hj. Abu Bakar. Beliau berharap semua pengawas yang telah dilantik ini akan dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkesan. Selain itu, para pengawas juga diharapkan menjadi mata dan telinga kepada guru-guru dan kakitangan di sekolah ini.
Terima kasih kepada semua AJK yang telah berjaya menyempurnakan majlis pelantikan pengawas ini dan ucapan syabas juga kepada semua pengawas yang dilantik.

0 ulasan:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP