PELANCARAN KELAB MY RUKUN NEGARA
20 MEI - Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu dibawah kelolaan Kelab Rukun Negara telah melancarkan program "My Rukun Negara" pada 20 Mei 2013. Pelancaran majlis tersebut telah diadakan di tapak perhimpunan SKPP dan dirasmikan oleh Puan Hamimah bt. Sa'ari iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke-13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Sebagai simbolik perasmian majlis tersebut, guru besar telah memakaikan badge rukun negara kepada lima orang wakil ahli kelab tersebut. Semoga dengan pelancaran kelab ini dapat mengukuhkan ikatan perpaduan antara semua kaum yang terdapat di Malaysia. Read more...