PENARAFAN 5 BINTANG SKPP
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menganugerahi Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu pencapaian 5 bintang dalam penarafan Smart School Qualifications Standard (SSQS) tahun 2011. Anugerah sebegini bertujuan memberi pengiktirafan cemerlang kepada sekolah-sekolah di Malaysia yang berjaya mencapai standard tertentu dalam penggunaan teknologi maklumat (ICT) samada dalam kalangan pelajar, guru-guru dan juga staf sokongan.
Pada tahun 2009 dan 2010 yang lalu, SKPP hanya mendapat pengiktirafan 4 bintang sahaja dan berkat usaha semua pihak terutamanya penyelaras ICT iaitu en. Ismail b. Md. Sani, SKPP telah berjaya mencapai taraf 5 bintang untuk tahun 2011.
Tahniah kepada semua pihak. Read more...