MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36




Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah mengadakan mesyuarat agung kali ke-36 pada 17 April 2010. Majlis yang berlangsung pada jam 8.00 pagi ini diadakan di Kem Modal Insan, Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka.
Kehadiran ibu bapa pada mesyuarat kali ini yang sungguh memberangsangkan telah memeriahkan lagi acara tersebut.
Pelbagai acara telah diatur untuk majlis tersebut seperti persembahan tarian dari pelajar pendidikan khas (PPKI), persembahan nasyid, persembahan multimedia dan juga cabutan bertuah untuk para tetamu yang hadir.
Majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh Yang Berhormat En. Hassan b. Abd. Rahman (ADUN Sungai Rambai) ini telah disempurnakan oleh En. Arip b. Omar iaitu penghulu mukim Sungai Rambai.
Kehadiran pihak Aman Palestin Berhad untuk menerima sumbangan tabung Palestin dari PIBG SKPP juga menarik perhatian para tetamu. Sebagai tanda prihatin kepada rakyat Palestin, pihak PIBG telah mendermakan sebanyak RM1000.00 untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.

Read more...

GOTONG-ROYONG MEMBASMI AEDES



Semua warga SK Parit Penghulu telah menjayakan program gotong-royong membasmi Aedes pada 5 April yang lalu di sekitar sekolah. Program yang diadakan pada jam 3.00 petang ini bertujuan memupuk semangat kerjasama serta amalan menjaga kebersihan persekitaran sekolah.
Atas kesedaran yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat, kawasan sekitar sekolah kelihatan semakin bersih dan indah. Semoga semangat dan kerjasama yang ditunjukkan ini dapat menghindari warga SKPP dari penyakit demam denggi serta H1N1 yang semakain berleluasa.

Read more...

SKPP VS CHONGHENG, SINGAPURA




Seramai 13 orang pelajar SKPP telah terpilih untuk menyertai perlawanan persahabatan ragbi dengan sebuah sekolah yang didatangkan khas dari negara Singapura iaitu ChongZheng Primary School. Perlawanan tersebut diadakan pada 26 hingga 28 Mac 2010 bertempat di Politeknik Merlimau, Melaka.
Menurut en. Abd. Latif dan en. Mohd Buhairy selaku jurulatih pasukan ragbi SKPP. perlawanan persahabatan ini memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk mendapat pendedahan yang baik dalam permainan ragbi kategori 12 tahun ke bawah. Selain itu, perlawanan ini merupakan pertunjukan sempena Majlis Konvokesyen Politeknik Merlimau.

Read more...

MOTIVASI MENGGILAP PERMATA AYAH BONDA







Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Parit Penghulu menganjurkan Program Motivasi Menggilap Permata Ayah Bonda pada 27 Mac 2010 di Kolej Komuniti Jasin, Merlimau, Melaka. Semua pelajar Tahun 6 seramai 43 orang serta ibu bapanya telah menghadiri program tersebut. Guru-guru juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam program berkenaan.
Ustaz Mohd Fadky b. Samin dari Jazim Motivation Group telah sudi menyampaikan ceramah serta berkongsi idea dengan guru-guru serta para pelajar SKPP.
Semoga para pelajar mendapat ilmu yang bermanfaat dari program tersebut.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP